Posts in Bahasa Malaysia
Capital A tandatangani kerjasama meluas dengan Kumpulan Trip.com

Capital A hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani sebuah kerjasama komprehensif dengan penyedia perkhidmatan pelancongan global terkemuka di China iaitu Trip.com Group, bertujuan untuk mempertingkat tawaran perjalanan dan jangkauan pasaran di seluruh Asia. Kerjasama strategik itu merangkumi pelbagai entiti perniagaan, termasuk AirAsia, dan AirAsia MOVE untuk bidang kerjasama utama seperti penyelesaian inovatif merangkumi penerbangan ke penginapan, tarikan dan tiket, perkhidmatan e-panggilan dan pembayaran.

Read More
AirAsia satu-satunya syarikat penerbangan hubungkan seluruh negara Asean dengan penyambungan semula laluan Kuala Lumpur-Vientiane

AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) berbesar hati untuk mengumumkan penyambungan semula laluan Kuala Lumpur-Vientiane yang akan bermula pada 2 Julai 2024. Ini menandakan pencapaian penting bagi AirAsia Malaysia yang menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan secara terus ke semua 10 negara Asean.


Read More
Nasi Lemak Paling Popular Di Malaysia Kini Lebih Besar! MEMPERKENALKAN NASI LEMAK PAK NASSER TERPALING ISTIMEWA DARI SANTAN

Santan, penyedia perkhidmatan dalam penerbangan yang terkenal, teruja untuk memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special) yang dinanti-nantikan, memberikan kegembiraan dan kepuasan berganda untuk semua peminat nasi lemak popular ini.

Read More