AirAsia Cambodia sedia terbang tinggi dengan pelancaran tiga destinasi domestik

Terbang antara Phnom Penh, Siem Reap, dan Sihanoukville dengan 6,000 Tempat Duduk PERCUMA* sehala

PHNOM PENH, 18 Mac 2024 - AirAsia Cambodia (kod penerbangan KT) bersedia memulakan operasinya dengan pelancaran tiga destinasi domestik iaitu Phnom Penh, Siem Reap dan Sihanoukville yang mula dijual hari ini.

Syarikat penerbangan ini akan memulakan operasinya pada 2 Mei 2024 dengan dua pesawat jenis A320 yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh.

Penerbangan ke tiga destinasi tersebut dengan kekerapan penerbangan harian kini boleh didapati untuk tempahan dengan 6,000 Tempat Duduk PERCUMA* bagi tempoh perjalanan antara 2 Mei 2024 dan 29 Mac 2025 di airasia.com dan AirAsia MOVE, sebelum ini dikenali sebagai ‘airasia Superapp’.

Semua tempahan penerbangan juga boleh dibayar melalui pembekal perkhidmatan pembayaran utamanya iaitu Oriental Bank yang merangkumi pelbagai pilihan pembayaran dari semua skim kad kepada KHQR untuk para tetamu di Kemboja.

Rangkaian antarabangsa AirAsia yang luas juga menghubungkan Phnom Penh, Siem Reap dan Sihanoukville ke lebih 130 destinasi di seluruh Asia seperti Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Australia dan banyak lagi, melalui hab utamanya di Kuala Lumpur, Malaysia  dan Bangkok, Thailand.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Cambodia, Vissoth Nam berkata: “Ini adalah waktu yang penting dalam perjalanan operasi kami dan kami bersedia untuk terbang tinggi di Kemboja. Sebagai syarikat penerbangan tempatan, kami berbangga untuk memperkenalkan tambang berpatutan dalam negara. Ini bukan sahaja akan meningkatkan kesalinghubungan tetapi juga akan menggalakkan pengembara untuk melancong lebih lama di negara ini. Visi kami adalah untuk menyediakan lebih banyak pilihan pengangkutan kepada para tetamu di Kemboja dan menjadikan perjalanan udara sebagai rangkaian pengangkutan penting untuk negara ini dengan menawarkan tambang berpatutan dengan perkhidmatan terbaik bermula dengan tiga destinasi ini.

“Hari ini kami berbesar hati untuk mengumumkan tambang yang tiada tandingan serendah USD49 untuk tambang termasuk semua** sehala ke destinasi domestik yang menakjubkan, termasuk 6,000 Tempat Duduk PERCUMA* supaya lebih ramai pengembara tempatan dan antarabangsa dapat merokai keajaiban Cambodia secara berpatutan melalui penerbangan udara.

"Pelancaran AirAsia Cambodia ini sejajar dengan pertumbuhan penting yang disaksikan dalam sektor pelancongan dan perjalanan udara di Cambodia. Kami yakin bahawa AirAsia Cambodia akan memainkan peranan penting dalam membentuk semula landskap penerbangan negara ini, menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan dengan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menyokong aspirasi kerajaan Kemboja dalam memacu sektor ekonomi dan pelancongan."

Jadual Penerbangan antara Phnom Penh (PNH), Siem Reap (SAI) dan Sihanoukville (KOS):

*Tambang promosi yang dinyatakan adalah untuk TAMBANG ASAS sahaja bagi perjalanan sehala tidak termasuk cukai, fi berkaitan, caj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk. Tambang promosi ini tidak tersedia untuk tempahan dengan ejen pelancongan. Tambang sehala termasuk semua bermula daripada USD27. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.

**Tambang promosi termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala termasuk cukai, caj bahan api dan fi berkaitan. Tambang sehala termasuk semua bermula daripada USD49. Tertakluk pada terma dan syarat lain.