AirAsia dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia untuk tahun ke-15 berturut-turut di Skytrax

AirAsia terus mengekalkan fokus utama dalam aspek keselamatan, perkhidmatan dan inovasi pengalaman tetamu


LONDON, 25 Jun 2024 – AirAsia diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2024, menandakan pencapaian bersejarah selama 15 tahun berturut-turut. Pencapaian tiada tandingan ini adalah bukti usaha berterusan AirAsia dalam membangunkan inovasi dan menyediakan perkhidmatan terbaik bagi syarikat penerbangan tambang rendah.

AirAsia bermula pada tahun 2001 apabila Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun membeli sebuah syarikat penerbangan dengan dua pesawat dan 200 kakitangan dan menjadikan syarikat penerbangan tersebut yang keempat terbesar di Asia dengan lebih daripada 200 pesawat dan 21,000 kakitangan di seluruh Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Kemboja dan lain-lain. Sejak itu, AirAsia berusaha untuk mentakrifkan perjalanan udara di Asean dan merupakan syarikat penerbangan terkemuka di rantau ini yang menawarkan kesalinghubungan dan pemulihan semula sektor pelancongan di seluruh rantau ini. Baru-baru ini, Kumpulan AirAsia juga telah melancarkan syarikat penerbangan kelimanya iaitu AirAsia Kembojam, satu pencapaian menakjubkan yang menjadi bukti pertumbuhan dan daya tahannya.

Semasa menerima anugerah tersebut di London pada hari Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata: “Skytrax menetapkan piawaian global dalam kualiti dan kecemerlangan syarikat penerbangan, dan kami berbangga  untuk mencapai penanda aras ini selama 15 tahun berturut-turut. Tiada syarikat penerbangan lain yang telah mencapai rekod kemenangan seumpamanya dan kami amat berbesar hati akan pencapaian ini. Para tetamu adalah pendorong kami dan kami berbangga menjadi pilihan mereka sekali lagi. Kami berharap dapat terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada berjuta-juta tetamu pada tahun ini dengan kualiti dan nilai terbaik.”

AirAsia komited untuk meningkatkan pengalaman para tetamu seiring dengan piawaian keselamatan bertaraf dunia dan penambahbaikan operasi yang berterusan. Ini adalah bukti ekosistem kukuh yang telah dibina dalam menyokong perniagaan syarikat penerbangan ini termasuk perkhidmatan kejuruteraan, penyedia hidangan dalam penerbangan, kargo dan logistik, operasi darat dan lain-lain.

Berdasarkan rekod operasi selama 23 tahun yang inovatif di pelbagai hab di Asia, AirAsia terus menambah baik pengalaman para tetamunya dalam aspek tempahan dan perjalanan, serta perkhidmatan inovatif. Selain itu, pengaktifan semula pesawat dan penghantaran pesawat baharu dalam beberapa bulan akan datang dijangka membolehkan AirAsia meneroka destinasi baharu dan berpotensi memperluas rangkaiannya merentasi benua Afrika dan Eropah.

Tan Sri Tony Fernandes juga menambah: “Anugerah ini dedikasikan kepada semua Allstars dan para tetamu kami yang setia serta semua yang merealisasikan visi utama kami untuk memastikan sesiapa pun boleh terbang. Sejak penubuhan kami, AirAsia telah berusaha keras untuk memacu industri penerbangan, mengharungi pelbagai cabaran dalam mentakrifkan dan mendemokrasikan perjalanan udara. Ianya satu inspirasi kepada kami untuk menyaksikan pertumbuhan industri ini. Terima kasih kepada Skytrax kerana memberikan penghormatan kepada kami untuk menjadi syarikat penerbangan terbaik dunia dan kepada 21,000 Allstars dan 800 juta tetamu yang terus menyokong kami selama ini.

“Kami mengakui terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi untuk kembali memulakan perkhidmatan selepas tempoh yang sukar dalam sejarah penerbangan tetapi hari ini kami berbangga untuk menjadi lebih kukuh. Perjalanan udara kini kembali dan kami akan terus berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.”

Edward Plaisted, Ketua Pegawai Eksekutif Skytrax berkata: "Kami mengucapkan tahniah kepada AirAsia atas pengiktirafan cemerlang di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia 2024. Diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia untuk kali ke-15 adalah bukti dedikasi mereka untuk menyediakan pilihan perjalanan berkualiti dan mampu milik kepada penumpang di seluruh Asia. Ini adalah pasaran yang paling kompetitif dan pesat berkembang bagi syarikat penerbangan tambang rendah seterusnya menekankan kejayaan AirAsia."

Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax dikenali sebagai "Anugerah Oscar" dalam industri penerbangan yang ditentukan oleh jutaan pengembara antarabangsa. Sebagai penanda aras global bagi kualiti dan kecemerlangan syarikat penerbangan, keputusan akhir anugerah ini termasuk lebih daripada 325 syarikat penerbangan dan AirAsia menjuarai kategorinya. Lebih daripada 100 warganegara telah menyertai tinjauan dalam talian bagi tahun 2023 dan 2024 dengan 21.42 juta penyertaan yang layak dikira dalam keputusan dari bulan September 2023 hingga Mei 2024, tempoh di mana AirAsia telah mengembangkan rangkaiannya kepada lebih daripada 130 destinasi.