AirAsia sambung semula penerbangan ke lima lagi laluan Singapura-Malaysia
Laluan tambahan selain penerbangan Laluan Perjalanan Bervaksin (VTL) sedia ada ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang
SINGAPURA, 29 MAC 2022 - Para pelancong dan pengembara bakal menikmati pilihan penerbangan yang lebih baik antara Singapura dan Malaysia apabila AirAsia menyambung semula lima lagi laluan antara kedua-dua negara mulai 16 April 2022. Selain meningkatkan kekerapan penerbangan harian Singapura-Kuala Lumpur daripada sekali kepada empat, AirAsia juga akan menyambung semula penerbangan antara Singapura dan Kuching, Miri, Langkawi, Ipoh dan Kota Kinabalu, selaras dengan pengumuman Kerajaan Singapura mengenai Rangka Kerja Perjalanan Bervaksin.
AirAsia sebelum ini telah melancarkan penerbangan VTL Singapura-Kuala Lumpur dan Singapura-Pulau Pinang.
Berikut adalah jadual penerbangan penuh AirAsia antara Malaysia dan Singapura, termasuk kedua-dua penerbangan sedia ada dan laluan baharu*:
*Laluan tertakluk kepada kelulusan dan persiapan sedang dijalankan untuk tarikh penerbangan sulung kami
Sehingga 3 April ini, para tetamu boleh menempah penerbangan mereka ke Malaysia dari serendah SGD67 sehala untuk perjalanan mulai 16 April 2022 sehingga 25 Mac 2023 melalui ikon ‘Flights’ di airasia Super App. Tetamu boleh mendapatkan tawaran penerbangan+hotel bernilai hebat melalui ikon 'SNAP' di airasia Super App dengan penjimatan sehingga 50% diskaun. Bagi yang lebih suka menempah hotel mereka secara berasingan, mereka boleh menyemak ikon 'Hotel' dalam Super App dan mendapat diskaun tambahan 20% dengan kod promosi [SLAYSTAY20].
Bagi pelancong yang memasuki Malaysia dari Singapura, semak syarat kemasukan yang mudah ke Malaysia di sini.
Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata: “AirAsia mengalu-alukan rangka kerja baharu yang ditetapkan oleh kerajaan Singapura. Seperti yang dapat dilihat melalui kejayaan skim VTL sebelum ini, kami berharap penghapusan sekatan perjalanan dengan hanya keperluan ujian yang minimum akan menjadikan perjalanan bagi tetamu yang telah lengkap vaksin menjadi lebih mudah. Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perjalanan udara di rantau ini, AirAsia bekerjasama rapat dengan pemain industri dan badan kerajaan terutamanya Lembaga Pelancongan Singapura, menerusi kempen promosi bersama dan memanfaatkan pangkalan data pelancongan masing-masing untuk menarik lebih banyak pelawat ke Singapura.
“AirAsia akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan Singapura ketika seluruh rantau beralih ke fasa endemik Covid-19, dan kami berharap dapat meningkatkan lebih banyak penerbangan yang menghubungkan republik Singapura dengan seluruh Asean. Seperti yang telah kami lakukan selama 20 tahun yang lalu, menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk semua sememangnya sentiasa menjadi sebahagian daripada DNA AirAsia dan kami komited untuk menghubungkan semula keluarga dan rakan merentasi sempadan dengan menyediakan tawaran terbaik dan tambang terendah kepada tetamu kami.”
AirAsia kekal komited untuk menyediakan perkhidmatan di bawah langkah kesihatan dan keselamatan yang ketat. Satu pencapaian besar bagi AirAsia apabila 95% daripada keseluruhan tetamunya kini telah beralih untuk mendaftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App dan laman web, satu inisiatif yang diwajibkan atas semua penumpang semasa kemuncak pandemik Covid-19 pada tahun lalu dan akan terus menjadi sebahagian daripada usahanya untuk mengukuhkan lagi pelan mitigasi Covid-19 melalui operasi tanpa sentuhan.
Untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan tempoh untuk prosedur di lapangan terbang, para tetamu AirAsia digalakkan untuk mendaftar masuk kendiri secara dalam talian melalui airasia Super App dan menggunakan kemudahan daftar masuk bagasi automatik. Mulai 1 April 2022, hanya kumpulan penumpang tertentu sahaja akan diterima untuk daftar masuk melalui kaunter, antaranya warga emas berusia 70 tahun ke atas, tetamu kurang upaya yang memegang kad OKU yang sah, tetamu perseorangan bawah umur (12-16 tahun), tempahan berkumpulan untuk 10 tetamu atau lebih, tetamu penerbangan sewa khas dan lebih lagi.
Nikmati perjalanan dengan tambang berpatutan dan lebih selamat dengan AirAsia. AirAsia telah diiktiraf dengan tahap keselamatan dan integriti operasi tertinggi dengan penilaian 7/7 daripada pakar keselamatan industri penerbangan di airlineratings.com pada 2021 dan 2022.
Ikuti perkembangan terkini dengan semua e-dagang daripada airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan kemas kini terkini mengenai tawaran e-dagang airasia Super App!