Posts in Bahasa Malaysia
Jadikan Ramadan anda lebih bermakna dengan senarai hotel yang menawarkan juadah berbuka dan sahur di sekitar Malaysia

Ramadan 2023 hampir tiba, dan kemanisan bulan puasa ini ditambah lagi dengan bersahur dan berbuka bersama-sama ahli keluarga dan rakan-rakan bagi mengeratkan lagi silaturrahim.

Tidak kira jika anda perlu ke suatu tempat untuk bekerja, pulang ke kampung halaman untuk mulakan Ramadan kali ini atau untuk menikmati kemanisan berbuka puasa atau bersahur bersama orang lain - ini adalah senarai lima hotel yang menawarkan juadah berbuka dan penginapan yang berpatutan dan boleh ditempah melalui aplikasi airasia Super App. 

Read More
airasia shop senaraikan 10 hadiah yang menarik sempena Hari Wanita Sedunia!

Tanggal 8 Mac setiap tahun tidak asing bagi kita semua untuk meraikan wanita-wanita hebat di saentero dunia sempena Hari Wanita Sedunia atas sumbangan dan kejayaan mereka terhadap pembangunan keluarga, tempat kerja, dan juga masyarakat sejagat. Sama ada diri sendiri, ibu, pasangan, rakan sekerja atau mana-mana wanita yang telah memberi impak kepada anda, cara terbaik untuk menunjukkan penghargaan anda adalah dengan menghadiahkan mereka dengan hadiah pada hari istimewa ini!

Read More
BIGGIE Wonderland - Memacu program kesetiaan dan ganjaran melalui gamifikasi oleh airasia rewards

Sebahagian daripada airasia Republic, bahagian komuniti airasia Super App yang melibatkan ciri-ciri seperti airasia chat, RedGames, dan juga airasia gifts tersedia buat anda untuk berhubung, bermain dan berkongsi bersama sahabat handai dan ahli-ahli komuniti anda. Jadi sebahagian daripada komuniti ini sambil berseronok dan menunjukkan kemahiran terhebat anda apabila anda menyertai permainan dalam talian, BIGGIE Wonderland oleh airasia rewards. - dan ia memberikan anda mata airasia secara PERCUMA setiap hari!

Read More
Jom ketahui cara untuk menghantar airasia gifts melalui airasia chat

Pada musim akhir tahun ini, pelbagai acara yang akan berlangsung termasuklah kenduri kahwin, perayaan Krismas, cuti sekolah dan banyak lagi. Setiap acara yang terlibat, sudah pasti anda akan memikirkan untuk memberikan sesuatu kepada yang meraikan. 

Jangan bimbang! Kalau anda masih tidak mendapat idea lagi, airasia Super App kini boleh membantu anda dengan ciri terbaharu mereka yang dipanggil airasia gifts! 

Read More
Lunetide sambut ulang tahun ke-6 bulan dengan rangkaian aktiviti hiburan menarik

Project Kavvaii, sebuah platform untuk menonjolkan VTubers di seluruh Asean oleh airasia Super App, telah mengumumkan pelbagai aktiviti menarik dan interaktif sempena sambutan ke-6 bulan Lunetide. Jangan ketinggalan untuk meraikan saat-saat menarik bersama!

Lunetide dianggotai dua idola maya, Airi Gwynevere and Mikazuki Mai, yang telah membuat kemunculan sulung mereka pada April 2022. Kedua-dua bakat daripada Generasi Lunetide Project Kavvaii terlibat dengan penonton melalui seni, permainan, karaoke dan strim sembang langsung di saluran YouTube mereka.

Read More
Bagaimana prestasi airasia Super App sebagai sebuah OTA? Tonton ini untuk ketahui lebih lanjut!

Sentiasa mencari ruang dan peluang biarpun di dalam krisis, kami telah menggunakan masa henti daripada melakukan penerbangan sepanjang dua tahun yang lalu untuk menjadi lebih daripada sebuah syarikat penerbangan kepada sebuah syarikat digital serba inklusif, airasia Super App dengan hampir 16 produk pelancongan dan gaya hidup serta perkhidmatan yang melambangkan “gaya hidup airasia”.

Read More
Raikan masakan Malaysia yang terbaik di airasia food dengan diskaun sehingga 65%

Sejak pelancaran perkhidmatan penghantaran makanan antara bandar udaranya bulan lepas, pasukan airasia food telah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk di Lembah Klang untuk menikmati makanan terbaik yang ditawarkan di Pulau Pinang, sekali gus mendekatkan rakyat Malaysia untuk meraikan perayaan Hari Malaysia yang ke-59 bulan ini.

Read More