MOVE Perkenal Tren Kembara 2025 di Acara Pelancaran Rasmi MOVE Thailand!
Bandar Kedua Kini Jadi Pilihan Utama!
Perancangan Fleksibel Semakin Mendapat Tempat
Trend Pelancongan Masa Hadapan Berpaksikan Tujuan
BANGKOK, 5 JUN – MOVE, aplikasi tempahan perjalanan terkemuka di rantau ini dan sebahagian daripada Capital A, hari ini memperkenal kan slogan baharunya, ‘Travel More for Less’ (Kembara Lebih Jauh dengan Kos Lebih Rendah) serta memaparkan rekaan livery pesawat terbaharu yang selari dengan identiti jenama yang berkembang ini. Turut dilancarkan ialah laporan dinanti-nantikan, Tren Kembara 2025 – satu laporan berasaskan data yang menganalisis corak tingkah laku pelancong pada tahun 2025, yang disertakan pandangan penting mengenai landskap pelancongan Thailand dan rantau ASEAN. Acara ini berlangsung di Pusat Penyelenggaraan Don Mueang (DMC), Thai Aviation Industries Co., Ltd (TAI).
Berdasarkan data tingkah laku mendalam yang dikumpul secara langsung daripada pengguna platform AirAsia MOVE, laporan ini mendedahkan bahawa pelancongan domestik kekal dominan, merangkumi 79.89% daripada jumlah keseluruhan tempahan. Menariknya, pelancong Thai kini semakin memilih bandar sekunder seperti Chiang Rai, Khon Kaen dan Surat Thani – mencerminkan minat yang semakin meningkat terhadap pengalaman tempatan yang autentik dan destinasi luar daripada kebiasaan.
Corak perancangan perjalanan juga menunjukkan perubahan ketara, dengan 26.52% tempahan dibuat lebih sebulan lebih awal, manakala 18.04% dibuat pada saat akhir (dalam tempoh 4–7 hari sebelum berlepas). Tren ini mencerminkan kecenderungan terhadap Perancangan Fleksibel – corak perjalanan yang memberi kebebasan dan keanjalan dalam membuat keputusan, terutamanya dalam kalangan golongan bandar dan belia.
Bagi golongan profesional yang bekerja di bandar, percutian mini dan ‘staycation’ semakin menjadi kebiasaan. Di Bangkok sahaja, tempahan staycation meningkat sebanyak 15.9%, didorong oleh permintaan terhadap percutian pendek yang menyegarkan. Destinasi dengan lapangan terbang kecil dan mudah diakses seperti Prachuap Khiri Khan, Udon Thani dan Chiang Rai turut mencatat pertumbuhan positif. Format perjalanan popular ‘2 hari 1 malam’ mencerminkan perubahan daripada kembara sesekali kepada ‘micro-getaway’ yang lebih kerap dan rutin.
Sementara itu, pelancongan antarabangsa juga menunjukkan pemulihan yang stabil, kini merangkumi 20.11% daripada jumlah tempahan. Destinasi popular termasuk Malaysia, China, Vietnam, Jepun dan Indonesia, dengan Tokyo, Osaka, Ho Chi Minh City dan Kuala Lumpur antara bandar paling banyak ditempah. Ini membuktikan bahawa pelancong Thai juga inginkan pengalaman antarabangsa, tetapi lebih mengutamakan jarak dekat, kemudahan, dan nilai. Kumpulan umur 25–39 tahun merupakan pemacu utama pelancongan keluar negara, dengan corak perjalanan yang lebih tersusun dan berpandangan jauh.
Dari sudut pelancongan masuk pula, Thailand kekal sebagai destinasi jarak dekat pilihan utama pelancong serantau, khususnya dari Malaysia, India, Vietnam, Indonesia dan China. Pelancong Jepun dan Korea, khususnya, merancang perjalanan 1–2 bulan lebih awal dan secara majoriti memilih penginapan bertaraf 4 hingga 5 bintang (lebih 60%), walaupun tempoh penginapan mereka hanya sekitar 1–2 malam. Tren ini menyerlahkan kemunculan segmen pelancong berkualiti tinggi yang mementingkan pengalaman bermakna berbanding kuantiti atau harga rendah.
Pelancong Thai juga semakin cermat dalam perbelanjaan mereka. Purata tambang penerbangan domestik ialah THB 2,523.48, manakala tambang penerbangan antarabangsa purata ialah THB 4,130.58. Kadar purata hotel domestik ialah THB 3,864.41 dan antarabangsa THB 3,409.66. Hotel 4 bintang merupakan kategori paling banyak ditempah pada kadar 36.7%, diikuti 3 bintang (29.9%) dan 5 bintang (15.4%) – menandakan tumpuan pengguna terhadap nilai berbanding harga semata-mata.
Berdasarkan dapatan ini, AirAsia MOVE mengenal pasti beberapa trend pelancongan yang sedang meningkat dan wajar diberi perhatian oleh penggiat industri pelancongan pada tahun 2025:
Kembara Bermatlamat, termasuk pelancongan kesihatan, perjalanan mesra alam dan percutian spiritual
Permintaan terhadap penyelesaian tempahan serba lengkap (bundel) dalam satu aplikasi
Sokongan selepas tempahan yang moden, termasuk makluman penerbangan masa nyata, pembatalan fleksibel dan pilihan bayaran ansuran 0%
Ulasan yang dipercayai dan cadangan diperibadikan, yang memainkan peranan penting dalam membina keyakinan dan kepuasan pengguna
Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE berkata, “Wawasan yang kami kongsikan hari ini bukan sekadar mengenai tingkah laku pelancong – ia adalah alat strategi untuk membentuk masa depan industri pelancongan Thailand. Di AirAsia MOVE, kami komited untuk memanfaatkan teknologi dan data demi memperkasa pengusaha pelancongan tempatan dalam mereka bentuk pengalaman perjalanan yang fleksibel, berasaskan nilai dan berpusatkan pengembara.”
AirAsia MOVE terus mengukuhkan kedudukannya sebagai platform OTA yang menawarkan lebih daripada sekadar tempahan – ia menyediakan ekosistem lengkap perancangan perjalanan, merangkumi penerbangan, hotel, pemindahan lapangan terbang, beli-belah bebas cukai, dan pelbagai perkhidmatan tambahan – semuanya dalam satu platform. Di bawah visi “Travel More For Less”, syarikat ini bertekad untuk menjadikan perjalanan berkualiti lebih mudah diakses dan lancar untuk semua, sambil memacu pertumbuhan jangka panjang dalam ekonomi pelancongan Thailand.