Nikmati Tawaran Hebat: AirAsia MOVE Lancar ‘The Great Duty-Free Sale’ dengan Harga Serendah RM99!

  • Dapatkan tawaran eksklusif barangan bebas cukai bermula serendah RM99

  • Diskaun 30% untuk semua barangan

  • Berpeluang memenangi percutian ke Bali!

KUALA LUMPUR, 11 Jun 2025 –  para peminat beli-belah dan pengembara, inilah masanya untuk menikmati pengalaman membeli-belah bebas cukai yang lebih bernilai! AirAsia MOVE dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran ‘The Great Duty-Free Sale’, yang berlangsung dari 11 hingga 30 Jun 2025, dengan pelbagai tawaran istimewa serta kelebihan eksklusif bagi setiap pra-tempahan barangan bebas cukai menerusi platform ini.

Rebut peluang untuk mendapatkan barangan bebas cukai serendah RM99 sepanjang tempoh kempen ini! Kini anda boleh berjimat besar sambil menikmati barangan mewah kegemaran anda dengan harga yang lebih mampu milik. Antara tawaran menarik yang disediakan termasuk produk daripada jenama antarabangsa terkenal seperti Calvin Klein, Caudalie, Coach, DKNY, Elizabeth Arden, Kiehl’s, Laneige, Mont Blanc, Sudio dan Sulwhasoo, merangkumi kategori popular termasuk kecantikan, wangian, dan keperluan perjalanan.

Tambahan pula, pengembara turut boleh menikmati diskaun tambahan 30% untuk semua barangan dengan perbelanjaan minimum RM300 menggunakan kod promo SAVE30. Lebih menarik lagi, setiap pembelian yang menggunakan kod promosi SAVE30 secara automatik akan melayakkan pelanggan untuk memenangi penerbangan pergi dan balik ke Bali! Mengapa hanya sekadar membeli-belah, sedangkan anda berpeluang menikmati tawaran hebat sambil merebut peluang melancong ke destinasi impian anda?

Semua pembelian akan dihantar terus ke tempat duduk penumpang semasa penerbangan. Tetamu boleh membuat pembelian seawal 90 hari sehingga 24 jam sebelum waktu berlepas. Maksimumkan penjimatan anda ,pra-tempah barangan bebas cukai anda hari ini!

Ikuti perkembangan terkini daripada AirAsia MOVE dengan mengikuti @airasiamove di Instagram & TikTok atau @airasia di X untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun AirAsia MOVE anda dari Apple App Store, Google Play Store and Huawei App Gallery.

*** TAMAT *** 

*Tertakluk pada terma dan syarat.