5 Tip Penting untuk Menjadikan Trip Songkran yang Tidak Akan Dilupakan!





KUALA LUMPUR, 11 Mac 2025 – Setiap April, penduduk tempatan dan pelancong di seluruh Thailand akan berkumpul untuk menyambut Tahun Baru Thai, yang lebih dikenali sebagai Songkran, dengan pertempuran air yang epik sebagai simbol penyucian, pembaharuan, dan kegembiraan. Jika anda merancang untuk turut serta dalam perayaan ini, berikut adalah lima tip penting untuk memastikan pengalaman Songkran anda menyeronokkan dan lancar tanpa sebarang kesulitan!
1. Pilih ‘Medan Pertempuran’ Songkran Anda
Tidak semua sambutan Songkran adalah sama! Berikut adalah lokasi utama yang boleh anda terokai:
Bangkok - Jika anda ingin merasai keseronokan di pusat sambutan, lawati Silom Road atau Khao San Road. Kawasan ini akan berubah menjadi zon pesta besar dengan ribuan orang bersenjata pistol air, diiringi muzik bertenaga dan keseronokan tanpa henti. Bersiap sedia untuk menghadapi orang ramai dan pertempuran air yang mencabar!
Chiang Mai –Nikmati kemeriahan Songkran yang penuh warna-warni dengan sentuhan budaya. Kawasan Kota Lama berubah menjadi medan permainan air yang besar, di mana orang ramai berseronok menyimbah air di sepanjang jalan! Ia adalah lokasi yang ideal bagi mereka yang ingin merasai gabungan tradisi dan keseronokan.
Phuket – Jika anda menyukai suasana pantai, Patong Beach adalah tempat terbaik untuk menikmati kemeriahan Songkran. Sertai pertempuran air yang menyeronokkan di tepi pantai, sambil menikmati hiburan menarik dan kehidupan malam yang meriah.
2. Tempah Penerbangan Anda pada Harga Terbaik
Elakkan harga tiket yang meningkat pada saat akhir dengan membuat tempahan lebih awal! AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, menawarkan diskaun 20% bagi semua tempat duduk untuk semua penerbangan dari 10 Mac hingga 16 Mac 2025, bagi tempoh perjalanan antara 24 Mac hingga 30 November 2025. Muat turun aplikasi AirAsia MOVE sekarang dan tempah penerbangan anda ke Thailand untuk menikmati penjimatan hebat bagi pengalaman Songkran yang lebih menyeronokkan!
3. Nikmati Penginapan Selesa pada Harga Berpatutan
Bukan sekadar berseronok, tetapi rehat yang mencukupi juga penting! Tempah penginapan anda di Thailand menerusi AirAsia MOVE untuk pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan lancar. Dari sekarang hingga 6 April, nikmati diskaun sehingga RM90* untuk tempahan hotel di Thailand dan destinasi lain di seluruh dunia! Gunakan kod promo MOVEHOTELS50 dan bayar dengan Kad VISA dengan perbelanjaan minimum RM300.
4. Dapatkan Pengangkutan Lapangan Terbang yang Mudah dan Berpatutan
Tempah pengangkutan lapangan terbang yang selesa dan berpatutan dengan AirAsia MOVE untuk layanan VIP tanpa masa menunggu! Sama ada anda tiba di Bangkok, Phuket, atau Chiang Mai, tempahan awal memastikan perjalanan ke penginapan anda lebih lancar, selesa, dan bebas tekanan.
5. Pastikan Kelengkapan Songkran Anda Lengkap!
Untuk merasai kemeriahan Songkran yang paling epik, pastikan anda dilengkapi dengan peralatan yang sesuai! Berikut adalah beberapa keperluan utama yang harus anda bawa:
Pistol air – Senjata utama anda! Pilih pistol air yang tahan lama dan boleh diisi semula untuk memastikan anda terus bersaing dalam pertempuran air.
Sunscreen & cermin mata hitam – Gunakan pelindung matahari kalis air untuk melindungi kulit anda dan pakai cermin mata hitam bagi mengelakkan percikan air yang tidak dijangka.
Beg kalis air – Pastikan dompet, telefon, dan barangan berharga anda selamat daripada basah.
Pakaian dan kasut yang selesa – Pakai kasut cepat kering atau sandal yang mempunyai cengkaman baik supaya anda boleh bergerak dengan selesa dan selamat semasa pertempuran air. Jangan lupa bawa pakaian ganti atau tuala kecil untuk mengeringkan diri selepas bermain air.
Ikuti perkembangan terkini daripada AirAsia MOVE dengan mengikuti @airasiamove di Instagram & TikTok atau @airasia di X untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun AirAsia MOVE anda dari Apple App Store, Google Play Store and Huawei App Gallery.
*Tertakluk pada terma dan syarat