AirAsia Newsroom

View Original

Pengalaman Menakjubkan Yang Tidak Boleh Lepaskan Di Labuan Bajo

KUALA LUMPUR, 20 Februari 2025 - Jika anda ingin melihat air laut berwarna turquoise, pemandangan yang memukau, dan merasai pengaalaman melihat hidupan liar yang luar biasa, Labuan Bajo di Indonesia timur adalah destinasi yang tepat untuk anda! Terletak di tengah-tengah Flores, permata tropika ini lebih daripada sekadar pintu masuk ke Taman Negara Komodo yang terkenal di dunia. Sama ada anda gemar mendaki, bersnorkel, menyelam, atau hanya bersantai di pantai yang bersih, Labuan Bajo adalah jawapannya.

Meneroka Habitat Asli Naga Komodo

Labuan Bajo menjanjikan pengalaman hidupan liar yang mengagumkan. Pulau Komodo yang ikonik adalah satu-satunya lokasi di dunia di mana anda dapat menyaksikan naga Komodo – spesies biawak terbesar di dunia, dalam habitat asalnya. Selain itu, kekayaan hidupan marin, pantai yang masih terjaga, dan panorama semula jadi yang menakjubkan menjadikan destinasi ini syurga bagi pencinta alam semula jadi.

Destinasi Lautan Impian bagi Penyelam dan Peminat Snorkel

Labuan Bajo merupakan destinasi idaman bagi pencinta dunia bawah laut, dengan beberapa lokasi selaman dan snorkeling terbaik di dunia. Tempat seperti Batu Bolong, Manta Point, dan Crystal Rock menawarkan peluang untuk melihat pari manta, terumbu karang yang berwarna-warni, serta pelbagai spesies hidupan marin yang menakjubkan. Sama ada anda seorang penyelam berpengalaman atau baru pertama kali mencuba snorkeling, perairan jernih di Labuan Bajo menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Pengembaraan Pulau ke Pulau yang Menakjubkan

Menjelajah dari satu pulau ke pulau lain adalah pengalaman yang tidak boleh dilepaskan di Labuan Bajo! Bagi pencinta pemandangan alam yang dramatik, Pulau Padar menyajikan panorama yang paling menakjubkan di kawasan ini. Pendakian yang singkat tetapi mencabar akan memberikan ganjaran berupa pemandangan spektakular tiga pantai unik dengan warna berbeza.

Antara keindahan tersembunyi yang wajib diterokai termasuk Pantai Pink, yang dinamakan kerana pasirnya yang unik berwarna merah jambu, menawarkan suasana yang menakjubkan dan hampir surreal. Taka Makassar, beting pasir kecil yang muncul ketika air surut, pula menjadi lokasi ideal untuk bersantai sambil merakam gambar yang memukau dari udara. Sementara itu, di Pulau Kalong, anda berpeluang menyaksikan ribuan kelawar gergasi berterbangan di langit senja, mencipta pemandangan semula jadi yang memukau.

Panduan Perjalanan untuk Menerokai Labuan Bajo

Rancang perjalanan lancar dengan AirAsia MOVE apabila anda bersedia untuk meneroka Labuan Bajo! Nikmati Pakej SNAP eksklusif, yang menggabungkan penerbangan AirAsia dengan penginapan pilihan kami di Eco Tree O’tel, memastikan percutian yang berpatutan serta merasai keindahan syurga tropika ini.

Apa yang menjadikannya istimewa? Restoran di Eco Tree O’tel menawarkan pengalaman unik dengan panorama matahari terbenam yang menakjubkan, diiringi sajian makanan laut segar. Nikmati keindahan langit yang berubah keemasan sambil menikmati hidangan lazat, menjanjikan pengalaman yang benar-benar tidak dapat dilupakan.

Ikuti perkembangan terkini daripada AirAsia MOVE dengan mengikuti @airasiamove di Instagram & TikTok atau @airasia di X untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun AirAsia MOVE anda dari Apple App Store, Google Play Store and Huawei App Gallery.

*** TAMAT ***