Posts in Bahasa Malaysia
AirAsia MOVE Raih Asia’s Best Travel Booking App untuk Tahun Kedua Berturut-turut di World Travel Tech Awards 2024

AirAsia MOVE sekali lagi diiktiraf sebagai ‘Asia Best Travel Booking App’ di World Travel Tech Awards 2024, menandakan kejayaan berturut-turut bagi tahun kedua. Anugerah berprestij ini mencerminkan komitmen berterusan AirAsia MOVE dalam menyediakan solusi perjalanan yang mudah diakses, cekap, dan berfokuskan pengguna untuk memenuhi keperluan pelancong di seluruh Asia Tenggara dan seterusnya.

Read More
AirAsia tetapkan penanda aras global bagi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah di World Travel Awards 2024

MADEIRA, 25 November 2024 - AirAsia terus menetapkan penanda aras bagi syarikat penerbangan tambang rendah di peringkat global selepas meraih dua anugerah paling berprestij di World Travel Awards (WTA) Grand Final 2024: Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia untuk tahun ke-12 berturut-turut dan Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia untuk tahun kelapan secara berterusan.

Read More
AirAsia X dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Jarak Jauh Terkemuka Dunia untuk tahun kedua berturut-turut di World Travel Awards 2024

MADEIRA, 25 November 2024 - AirAsia X (AAX) sekali lagi memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh dunia dengan memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Jarak Jauh Terkemuka Dunia untuk tahun kedua berturut-turut di World Travel Awards (WTA) Grand Final 2024.

Read More
AirAsia MOVE Memilih Taman Perindustrian Fullsing untuk Mengembangkan Pasaran di China

AirAsia MOVE, platform Pelancongan Dalam Talian (OTA) terkemuka di Asean, telah memeterai Perjanjian Kerangka Kerjasama Pelaburan (ICAF) dengan Taman Perindustrian Fullsing, sebuah zon perindustrian utama di Haikou, Hainan. Majlis menandatangani perjanjian ini berlangsung hari ini di Haikou, Hainan, menandakan langkah penting bagi rancangan AirAsia MOVE untuk memasuki pasaran China.

Read More
AirAsia teruskan keceriaan Deepavali melalui kempen ‘Shine Brighter Together’, mempererat perpaduan dan memperkasa komuniti

Semangat dan keceriaan Deepavali diteruskan dengan pelancaran kempen Shine Brighter Together oleh AirAsia, sebuah inisiatif yang didedikasikan untuk perpaduan, inspirasi, dan perkembangan diri. Melalui kempen ini, AirAsia menghidupkan semangat Deepavali dengan meraikan kekuatan, ketabahan, dan potensi diri yang baharu dalam kalangan komuniti dan pelancong, sejajar dengan komitmen syarikat untuk memperkasa kehidupan serta mengukuhkan jalinan hubungan di seluruh Asean dan seterusnya. Kempen ini memperlihatkan visi AirAsia untuk memperkasa individu dan mencipta impak yang berpanjangan, melangkaui musim perayaan.

Read More
AirAsia tiba di Sri Vijaya Puram, tingkatkan laluan antarabangsa ke Kepulauan Andaman dan Nicobar

AirAsia hari ini telah memulakan penerbangan pertamanya dari Kuala Lumpur ke Sri Vijaya Puram, ibu kota Kepulauan Andaman dan Nicobar. Penerbangan ini telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Veer Savarkar, menandakan permulaan enam penerbangan pergi balik mingguan yang menghubungkan kedua-dua destinasi tersebut.

Read More
Milk Partners, AirAsia rewards dan The Sandbox lancar permainan Metaverse 'MiL.k X BIGGIE Wonderverse'

AirAsia rewards, program kesetiaan AirAsia MOVE, bersama Milk Partners dan The Sandbox, melancarkan pengalaman permainan metaverse yang inovatif yang membawa ganjaran dunia sebenar ke dalam ruang digital. Permainan baharu yang dilancarkan, ‘MiL.k X BIGGIE Wonderverse’, membolehkan pengguna memperoleh ‘SAND Tokens’, ‘Milk Coins’, dan mata ganjaran AirAsia dengan menyertai permainan berasaskan metaverse.

Read More