Posts in Bahasa Malaysia
'Ibarat sirih pulang ke gagang' Duta ‘Dare to Dream’ AirAsia, Ben Proud, kembali ke Malaysia untuk membimbing generasi muda Asean melalui penganjuran klinik renang

Di sebuah rantau yang kaya dengan potensi belum diterokai, AirAsia terus memimpin dalam usaha memperkasakan bintang-bintang baru Asean melalui inisiatif Dare to Dream. Mengetuai kempen ini adalah perenang Olimpik Ben Proud, yang baru-baru ini meraih pingat perak di Sukan Olimpik Paris 2024. Sebagai duta kempen Dream, Proud benar-benar mewakili apa yang boleh dicapai melalui dedikasi, tekad dan usaha gigih, menginspirasi generasi akan datang untuk tidak pernah berputus asa.

Read More
AirAsia raikan pemenang pingat Olimpik dan Paralimpik Asean dengan ganjaran penerbangan eksklusif 'Olympics Champion Pass'

AirAsia dengan bangganya meraikan pencapaian luar biasa atlet-atlet Asean di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 dengan ganjaran penerbangan eksklusif 'Olympics Champion Pass' yang dikuasakan oleh AirAsia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai airasia Superapp). Inisiatif ini, yang merupakan sebahagian daripada kempen Dare To Dream oleh AirAsia, memberi penghargaan kepada pemenang pingat emas, perak dan gangsa Olimpik dan Paralimpik atas dedikasi, ketahanan, dan pencapaian luar biasa mereka.

Read More
Kerjasama AirAsia Rewards dengan The Commune Mall tingkatkan pengalaman membeli-belah di Johor

AirAsia Rewards, program kesetiaan gaya hidup di bawah AirAsia MOVE, dengan bangganya mengumumkan kerjasama sebagai rakan kesetiaan utama dengan THE COMMUNE Mall, destinasi runcit terbaharu di Johor, meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah dan pengembaraan serta menghubungkan antara terapi runcit dan aspirasi perjalanan.

Read More
AirAsia perkukuh rangkaian serantau dengan laluan baharu dari Kota Kinabalu ke Bandar Ho Chi Minh

SEPANG, 10 September 2024 - AirAsia terus memperkukuh rangkaian penerbangannya di rantau ini dengan pelancaran laluan baharu dari Kota Kinabalu ke Bandar Ho Chi Minh bermula 3 Disember 2024.

Bandar Ho Chi Minh merupakan destinasi antarabangsa ke-16 yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia (AK) dari hab Kota Kinabalu.

Read More
AirAsia terus meneraju perkhidmatan penerbangan tambang rendah dengan kemenangan di World Travel Awards Asia

AirAsia meraikan kemenangan berganda pada majlis anugerah World Travel Awards Asia dan Oceania 2024 di Manila malam tadi sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia untuk tahun kesembilan berturut-turut dan Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia untuk tahun kelapan secara berterusan.

Read More
AirAsia menjadi syarikat penerbangan antarabangsa pertama terbang secara terus dari Kuala Lumpur ke Labuan Bajo

LABUAN BAJO, 3 September 2024 – AirAsia terus memperkembang rangkaiannya di rantau ini dengan menjadi syarikat penerbangan antarabangsa pertama yang menawarkan penerbangan secara terus dari Kuala Lumpur ke Labuan Bajo, mewujudkan peluang baharu untuk sektor pelancongan dan perdagangan antara kedua-dua negara.


Read More
AirAsia tawar 10 juta Tempat Duduk PERCUMA

KUALA LUMPUR, 31 Ogos 2024 - AirAsia kembali menawarkan kempen Tempat Duduk PERCUMA* dengan 10 juta tempat duduk di seluruh rangkaiannya ke lebih 130 destinasi di Asia, Australia dan lain-lain. Melalui rangkaian laluan AirAsia yang semakin berkembang, kempen ini menawarkan perjalanan berpatutan ke destinasi yang belum diterokai dan pilihan ramai di samping meningkatkan kesalinghubungan di seluruh rantau ini.

Read More
AirAsia menandakan kepulangan bersejarah ke Lapangan Terbang Subang dengan penerbangan pertama ke Sabah dan Sarawak

AirAsia hari ini memulakan operasi dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), yang lebih dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang, dengan penerbangan pertama ke Sabah dan Sarawak. Dua penerbangan ini menandakan peristiwa penting dalam sejarah syarikat penerbangan itu dengan menghubungkan semula perkhidmatan selepas 24 tahun pelancaran operasi pertamanya dari lapangan terbang yang sama.

Read More