Posts in Bahasa Malaysia
ASIA DIGITAL ENGINEERING CATAT REKOD PENCAPAIAN PENYELESAIAN 100 PEMERIKSAAN C PESAWAT DALAM TEMPOH KURANG 2.5 TAHUN

Asia Digital Engineering (ADE), anak syarikat milik penuh Capital A Berhad dalam bidang penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat, meraikan pencapaian istimewa sempena sambutan Hari Penerbangan Awam Antarabangsa dengan kejayaannya menyempurnakan pemeriksaan C (C-Check) pesawat ke-100 dalam tempoh 2.5 tahun, suatu rekod sejak penubuhan syarikat itu pada September 2020.

Read More
AirAsia rai ulang tahun ke-22 dengan diskaun 22% untuk semua tempat duduk, semua penerbangan

Sempena sambutan 22 tahun AirAsia menghubungkan para tetamu dengan tambang berpatutan ke rangkaiannya, syarikat penerbangan itu menawarkan diskaun 22%* untuk semua tempat duduk dalam semua penerbangan bermula hari ini hingga 3 Disember 2023.

Nikmati diskaun sebanyak 22% untuk semua tempat duduk dalam semua penerbangan ke destinasi yang menarik seperti Pulau Pinang, Bali, Krabi, Phu Quoc, Shanghai, Amritsar, New Delhi, Busan, Gold Coast, Trivandrum (bermula 21 Februari 2024) dan destinasi-destinasi popular yang lain.

Read More
AirAsia X lebarkan sayap ke Asia Tengah, syarikat penerbangan Malaysia pertama terbang terus ke Almaty, Kazakhstan

AirAsia X (AAX) bakal melebarkan sayapnya ke Asia Tengah sebagai syarikat penerbangan Malaysia pertama yang terbang secara langsung ke Almaty, Kazakhstan bermula 14 Mac 2024.

Penerbangan AirAsia X (AAX) ke Asia Tengah membuktikan prestasinya sebagai syarikat penerbangan jarak sederhana dalam meneroka peluang baharu bagi pengembara, pencinta makanan dan mereka yang ingin mendalami kepelbagaian budaya. Syarikat penerbangan AirAsia X (AAX) yakin akan menyumbang peningkatan yang tinggi dalam perjalanan dua hala antara Kuala Lumpur dan destinasi unik ini dengan aksesibiliti yang lebih berpatutan.

Read More
airasia grocer dan Bantu Heroes jalin kerjasama untuk melancarkan ‘BANTU Farm’ tanda sokongan inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia

airasia grocer, platform peruncitan dalam talian dan BANTU Heroes, platform pengagihan makanan dengan sukacitanya mengumumkan kolaborasi yang dipanggil BANTU Farm tanda sokongan inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia dengan bertujuan untuk memupuk minat golongan belia dalam sektor pertanian. 

Read More
AirAsia Malaysia luaskan rangkaian dengan pelancaran laluan pertama ke Australia

AirAsia Malaysia (AK) mengumumkan laluan baharu ke Perth, Australia buat pertama kali sebagai strategi pengembangan rangkaiannya. 

Mulai 11 Mac 2024, para tetamu AirAsia boleh menikmati lebih banyak pilihan penerbangan dan tambang  bernilai hebat dengan jumlah peningkatan kekerapan penerbangan dari tujuh kepada 14 penerbangan mingguan. Pelancaran laluan ke Perth ini adalah bukti komitmen AirAsia untuk mendemokrasikan perjalanan udara ke pelbagai destinasi, seterusnya memperkukuh kedudukannya sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka di Asia.

Read More
airasia academy, MyCreative Ventures jalin kerjasama memperkasa pembangunan diri dalam kalangan rakyat Malaysia melalui Program Bina Kerjaya

airasia academy, cabang teknologi pendidikan dan kepimpinan Capital A, telah mengumumkan ia secara rasmi menjalin kerjasama dengan MyCreative Ventures, sebuah syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia yang diberi mandat untuk menyokong industri kreatif tempatan, dalam memperkasa pembangunan diri dalam kalangan belia Malaysia melalui Program Bina Kerjaya. Kerjasama ini juga adalah sebahagian usaha syarikat itu dalam meningkatkan kecekapan pasaran pekerjaan di Malaysia dengan menyediakan kemahiran yang diperlukan oleh tenaga kerja tidak formal dan masa hadapan dalam mendapatkan pekerjaan formal di dalam landskap pekerjaan dinamik hari ini, sejajar dengan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0).

Read More