AirAsia Newsroom

View Original

Terbang dengan lancar bersama-sama AirAsia pada Hari Raya ini

See this content in the original post

SEPANG, 12 April 2023 - AirAsia ingin menggalakkan para tetamunya yang bakal melakukan perjalanan pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini untuk mengikuti nasihat perjalanan berikut bagi memastikan pengalaman perjalanan yang lancar berikutan kesesakan dijangka di semua lapangan terbang bagi tempoh perayaan ini, termasuk di kaunter, proses imigresen, dan pelepasan keselamatan.

  • Daftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App yang tersedia seawal 14 hari hingga satu (1) jam sebelum waktu pelepasan yang dijadualkan. Para tetamu boleh mendaftar masuk secara kendiri mulai sekarang, dan mendapatkan pas masuk elektronik untuk penerbangan pada Hari Raya ini yang akan berlepas mulai 19 April 2023.

Sila ambil maklum:

  • Muat turun airasia Super App melalui Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery bagi mendapatkan informasi terkini mengenai tempahan penerbangan yang dilakukan termasuk kemaskini penerbangan melalui pautan ‘Flight Status’ pada aplikasi tersebut.

  • Perkhidmatan daftar masuk melalui kaunter hanya tersedia untuk tetamu kurang upaya, tetamu yang melakukan perjalanan bersama bayi (di bawah umur 24 bulan), tetamu yang hamil, warga emas dan tetamu remaja yang melakukan perjalanan sendirian.

  • Tetamu yang hamil hendaklah mengisi borang di kaunter sebelum menaiki pesawat. Tetamu yang hamil lebih daripada 27 minggu dikehendaki untuk mengemukakan sijil perakuan sah oleh doktor kesihatan.

  • Para tetamu kurang upaya boleh membuat pra-tempahan Bantuan Khas (Perkhidmatan Kerusi Roda) semasa membuat tempahan penerbangan atau melalui pautan  ‘My Booking’ pada airasia Super App sekurang-kurangnya empat (4) jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan.

  • Pra-tempah hidangan di dalam penerbangan sehingga 24 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan untuk lebih penjimatan dan untuk memastikan ianya tersedia serta perkhidmatan diutamakan. Nikmati menu perayaan istimewa oleh Santan airasia, yang terdiri daripada sate ayam lazat dengan sos kacang istimewa, boleh didapati mulai sekarang hingga 30 Jun 2023.

  • Bagi penerbangan antarabangsa, para tetamu hendaklah memenuhi keperluan perjalanan seperti visa dan transit ke setiap negara yang bakal dituju. Keperluan ini mungkin berubah dari semasa ke semasa dan para tetamu dinasihatkan untuk menyemak keperluan terkini dengan pihak kedutaan atau konsulat masing-masing.

  • Tiba awal di lapangan terbang (sekurang-kurangnya dua (2) jam lebih awal bagi penerbangan domestik dan tiga (3) jam bagi penerbangan antarabangsa) untuk memastikan masa yang mencukupi untuk memenuhi proses perjalanan yang diperlukan semasa tempoh perjalanan puncak ini. Kaunter daftar masuk akan ditutup satu (1) jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) (Terminal 2) dan 45 minit sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan bagi penerbangan domestik di lapangan terbang lain di seluruh Malaysia.

  • Gunak kiosk tanpa sentuh di lapangan terbang untuk mencetak tag bagasi dan daftar masuk bagasi kendiri. Setelah mendaftar masuk secara kendiri, imbas kod QR pada pas masuk Elektronik di kiosk lapangan terbang untuk mencetak tag bagasi dan terus ke kaunter penurunan bagasi kendiri untuk mendaftar masuk bagasi tersebut. Para tetamu juga menambah atau elaun bagasi sehingga empat (4) jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan melalui airasia Super App.

  • Pastikan bagasi kabin adalah saiz yang betul. Setiap tetamu hanya dibenarkan satu bagasi kabin (tidak melebihi dimensi 56 x 36 x 23cm) dan/atau satu beg komputer riba ATAU beg tangan ATAU beg kecil di dalam penerbangan. Jumlah berat yang dibenarkan untuk kedua-duah buah bagasi tidak berdaftar mestilah tidak melebihi 7kg.

  • Guna pas masuk Elektronik pada airasia Super App untuk menaiki pesawat tanpa perlu mencetak pas masuk fizikal. Pas masuk elektronik ini diterima di kebanyakan lapangan terbang di seluruh dunia, termasuk semua lapangan terbang di Malaysia di mana AirAsia beroperasi.

  • Daftar ciri FACES melalui airasia Super App untuk perjalanan yang lebih lancar dari KLIA (Terminal 2) tanpa perlu mengemukakan pas masuk selepas daftar masuk kendiri dan bukti pengenalan diri.

AirAsia juga telah mempertingkatkan tawaran untuk para tetamu yang mungkin terjejas akibat perubahan penerbangan atau penjadualan semula

  • Ubah penerbangan secara PERCUMA dengan mudah hanya dengan menekan pada pautan melalui emel. Sebagai alternatif, log masuk ke airasia Super App atau laman web, klik pada pautan 'My Booking', pilih penerbangan yang terjejas dan klik ‘Modify’. Penukaran penerbangan pertama adalah percuma dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh perlepasan asal. Atau, pilih untuk menukar penerbangan melalui bot sembang AirAsia yang baharu dan dipertingkatkan iaitu Ask Bo. Untuk status penerbangan terkini, layari airasia.com/flightstatus

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada AirAsia!