AirAsia Newsroom

View Original

Teleport Tawar Perkhidmatan Penghantaran Pantas Dengan Harga Tetap

Kenyataan Gambar: Pasukan penghantar Teleport mungkin tidak selalu berkenderaan sports, tetapi selalu komited untuk membuat penghantaran dengan pantas dan tulus.

Kuala Lumpur, 5 Oktober 2020 - Dalam usaha mengembangkan perkhidmatan mereka, Teleport, cabang logistik AirAsia Digital, kini menawarkan perkhidmatan penghantaran yang lebih mudah, pantas, dan boleh diakses oleh semua orang.

Dengan Teleport, perkhidmatan penghantaran amat mudah kerana harga yang ditawarkan merangkumi segala yang diperlukan, termasuklah pengambilan, pengangkutan, dan penghantaran. Sama ada perniagaan kecil atau besar, semua boleh mendapatkan harga terbaik dan hanya memerlukan kod khas untuk menggabungkan pesanan oleh pelanggan-pelanggan mereka dengan sistem kami secara automatik.

Ketua Pegawai Eksekutif Teleport, Pete Chareonwongsak berkata: “Teleport membawa sesuatu yang inovatif kepada sistem penghantaran yang sering dianggap perlahan atau membebankan. Misi kami adalah untuk menawarkan perkhidmatan penghantaran ke rumah anda dalam masa 24 jam di mana sahaja di seluruh Asia Tenggara. Bermula hari ini, kami melancarkan perkhidmatan ini untuk semua jenis perniagaan yang ingin membuat penghantaran ke bandar-bandar utama di Malaysia.”

Beliau menambah: “Selari dengan semangat AirAsia untuk memberi peluang kepada semua orang, kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ini untuk semua jenis perniagaan. Tanpa mengira jumlah penghantaran, para peniaga akan menikmati harga tetap dan perkhidmatan penghantaran yang lancar. Kami berharap untuk terus menyokong perniagaan kecil dan sederhana berkembang dalam ekonomi digital yang berentak pantas dengan menawarkan perkhidmatan dan harga tetap terbaik bermula serendah RM6.”

Perkhidmatan penghantaran sering dikaitkan dengan tawaran harga yang rumit dan kurang memuaskan. Manakala, harga terbaik pula hanya disediakan untuk pelanggan besar, seterusnya menghalang perniagaan kecil untuk terus berdaya saing.

Komponen paling penting untuk melaksanakan perkhidmatan penghantaran dalam masa 24 jam adalah pesawat AirAsia dan juga pasukan rakan penghantar komuniti Teleport. Pete turut berkata: “Kami amat berbangga dengan pasukan penghantar kami yang dianggap sebagai wira kerana mereka adalah orang yang anda temui semasa menerima pesanan anda, dan pengalaman pelanggan amat penting bagi kami.”

Walaupun penghantaran tidak selalu dilakukan dengan kereta mewah, mereka komited untuk membuat penghantaran dengan pantas dan tulus.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Teleport, layari http://www.teleport.asia atau daftar di https://www.teleport.asia/start-now untuk mengetahui cara menjadi sebahagian daripada komuniti penghantaran kami.

***

Mengenai Teleport

Diasaskan pada tahun 2018, Teleport adalah syarikat subsidiari AirAsia Digital, bertujuan membina impian kargo dan logistik AirAsia. Teleport dalam misi membolehkan sesiapa sahaja - daripada pedagang tunggal ke syarikat besar untuk memindahkan barang serta e-dagang di Asia Tenggara dan di mana-mana sahaja. Platform atas talian kami (di bawah jenama OURSHOP) bekerjasama dengan pedagang untuk membuat penghantaran makanan, makanan segar dan keperluan pengguna. Seperti magik, ia sangat memudahkan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati teleport.asia atau media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.