AirAsia Newsroom

View Original

Teleport komited untuk menggerakkan kargo, fokus pada membawa bekalan perubatan untuk barisan hadapan

SEPANG, 21 Mac 2020 -- Berikutan larangan perjalanan yang dikenakan Malaysia dan negara-negara lain, Teleport, syarikat subsidiari penuh milik RedBeat Ventures (RBV), cabang usaha sama korporat Kumpulan AirAsia Berhad akan memberi fokus kepada operasinya untuk membawa peralatan perubatan dan perlindungan untuk hospital dan petugas barisan hadapan kecemasan.

Ketua Pegawai Eksekutif Teleport Pete Chareonwongsak berkata, “Walaupun Teleport masih lagi beroperasi seperti biasa, kami juga perlu memastikan kami memberikan keutamaan yang betul semasa tempoh sukar ini. Semua bekalan perubatan ini menghadapi kekurangan yang drastik di seluruh dunia dan kami ingin memastikan ia dapat dihantar kepada pekerja barisan hadapan di wilayah yang amat memerlukannya. Fokus kami kali ini adalah untuk memainkan peranan kami dalam meminimakan impak pandemik COVID-19 yang meluas demi pasukan, rakan perkhidmatan dan komuniti, terutamanya wira-wira barisan hadapan perkhidmatan kesihatan yang cukup berani, sedang berdepan dengan cabaran kekurangan peralatan perubatan yang kritikal.

“Kami sedar bahawa dalam keadaan yang tidak menentu ini, perkhidmatan kami amat diperlukan untuk rantaian bekalan di sekitar rantau, permintaan e-dagang yang melonjak dan juga oleh perkhidmatan penting negara. Kami kekal dengan matlamat kami untuk memastikan teras rangkaian domestik dan antarabangsa kami terus memindahkan kargo pada pesawat penumpang supaya kami dapat memenuhi keperluan kargo dan e-dagang yang kritikal. Kami optimis untuk terus memainkan peranan”.

Pete turut berkata Teleport akan berkerja rapat dengan penerbangan Kumpulan AirAsia untuk memenuhi keperluan logistik di rantau ini.

“Di samping rangkaian domestik kami di rantau ini, kami menjangka untuk mengekalkan perhubungan penerbangan teras antarabangsa kami di antara negara Asia Tenggara dan juga ke beberapa bandar tertentu di China, Korea, Jepun dan Australia. Dalam masa yang sama, perkhidmatan penghantaran bungkusan esok-hari kami yang semakin berkembang akan terus mencapai pelanggan di sekitar 10 bandar di 3 buah negara’, tambah Pete lagi.

Kepada sesiapa yang ingin menghubungi kami, sila emel kami di magic@teleport.asia atau layari teleport.asia 

 

Mengenai Teleport

Diasaskan pada tahun 2018 dan dahulunya dikenali sebagai RedCargo Logistics, Teleport adalah syarikat subsidiari penuh milik RedBeat Ventures (RBV), cabang usaha sama korporat Kumpulan AirAsia Berhad, bertujuan membina impian kargo dan logistik AirAsia. Teleport dalam misi membolehkan sesiapa sahaja - daripada pedagang tunggal ke syarikat besar untuk memindahkan barang serta e-dagang di Asia Tenggara dan di mana-mana sahaja. Seperti magik, ia sangat memudahkan. Untuk maklumat lanjut, layari teleport.asia atau menerusi media sosial kami di Facebook, Twitter dan Instagram.