AirAsia Newsroom

View Original

Sawasdee Bangkok! Terbang terus dari Kota Kinabalu dengan AirAsia

Promosi tambang termasuk semua bermula daripada RM99* sehala

Santisuk Klongchaiya, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Thailand

SEPANG, 11 Jun 2018 – AirAsia kini membawa anda ke Negara Penuh Senyuman dengan penerbangan terus tiga kali seminggu dari Kota Kinabalu ke ibu negara Thailand iaitu Bangkok.

Dikendalikan oleh AirAsia Thailand (kod penerbangan FD), penerbangan baharu ini akan mula terbang ke Lapangan Terbang Don Mueang (DMK) di Bangkok pada 16 Ogos 2018 dengan promosi tambang termasuk semua bermula daripada RM99* sehala. Tempahan boleh dibuat bermula pada hari ini hingga 17 Jun 2018 untuk tempoh perjalanan dari 16 Ogos 2018 hingga 13 Ogos 2019 di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.

Santisuk Klongchaiya, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Thailand berkata, “Laluan terkini kami yang menghubungkan Kota Kinabalu dan Bangkok menunjukkan komitmen kami untuk menjadikan Asean lebih kecil. AirAsia adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang mengendalikan perkhidmatan penerbangan terus antara kedua-dua bandar ini, selain antara Malaysia Timur dan Thailand.

Beliau menambah: “Tahun lalu, rakyat Malaysia merupakan pelawat kedua terbesar ke Thailand**, justeru kami harap perkhidmatan baharu ini bukan sahaja akan memudahkan mereka yang tinggal di Kota Kinabalu untuk melawat Bangkok, tetapi dalam masa yang sama menggalakkan rakyat Thailand untuk meneroka keistimewaan Sabah dan Borneo.”

Terkenal sebagai bandar yang penuh tarikan, Bangkok mengalu-alukan kedatangan para pelancong dari seluruh dunia dengan pelbagai tarikan menarik seperti pelbagai pasar yang luas serta istana dan kuil yang mewah. Juga tidak ketinggalan urutan tradisional Thailand, juadah jalanan yang enak, dan aktiviti santai di tebing sungai Chao Phraya.

AirAsia kini mengendalikan sebanyak sembilan laluan antara Malaysia dan Thailand - Kuala Lumpur-Don Mueang 84 kali seminggu, Pulau Pinang-Don Mueang 14 kali seminggu, Johor Bahru-Don Mueang 11 kali seminggu, Kuala Lumpur-Hat Yai 11 kali seminggu, Kuala Lumpur-Hua Hin 4 kali seminggu, Kuala Lumpur-Chiang Mai 7 kali seminggu, Kuala Lumpur-Phuket 7 kali seminggu, Kuala Lumpur-Krabi 21 kali seminggu dan kini Kota Kinabalu-Bangkok Don Mueang 3 kali seminggu. Semua penerbangan ini dikendalikan oleh AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) dan AirAsia Thailand.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Jadual penerbangan untuk Kota Kinabalu, Malaysia (BKI) - Bangkok (Don Mueang-DMK), Thailand

Notis: Masa tertera adalah dalam waktu tempatan.

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.
**Data daripada Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand