AirAsia Newsroom

View Original

Santan & T&CO lancar restoran pertama di Kuala Lumpur

Berkonsepkan restoran digital yang menawarkan pengalaman lebih peribadi

KUALA LUMPUR, 2 Disember 2019 - Jenama menu dalam penerbangan AirAsia, Santan dan T&CO kini melancarkan restoran makanan segera Asean pertama di Kuala Lumpur, Malaysia, yang menawarkan pelbagai hidangan dan minuman dari Asean pada harga yang berpatutan.

Restoran dan kafe tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, Presiden Kumpulan AirAsia (RedBeat Ventures) Aireen Omar dan Pengurus Besar Restoran Santan dan Kafe T&CO Catherine Goh di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur hari ini.

Pengurus Besar Restoran Santan dan Kafe T&CO Catherine Goh berkata, “Pembukaan restoran pertama ini merupakan permulaan bagi sesuatu yang hebat untuk jenama Santan dan T&CO. Kami telah melihat permintaan yang tinggi untuk menu dalam penerbangan kami di seluruh rantau ini dan ia adalah jawapan kami terhadap permintaan tersebut. Kami amat berbangga kerana dapat mengembangkan apa yang bermula sebagai menu dalam penerbangan untuk meneroka pasaran baharu dan terus  menyokong pengeluar dan pembekal tempatan dan Asean; selain mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang baharu dengan yuran francais yang berpatutan pada masa akan datang. Menjelang akhir tahun 2020, kami berhasrat untuk membuka lima restoran milik Santan dan 100 restoran dan kafe yang dikendalikan oleh francais dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang dengan pengembangan di pasaran global.”

Direka untuk meningkatkan pengalaman para pelanggan melalui ciri-ciri digital, restoran dan kafe ini memaparkan menu pintar yang dilengkapi dengan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin untuk mencadangkan hidangan popular berdasarkan masa, corak pesanan lalu dan demografik. Para pelanggan juga boleh membuat pesanan secara terus dari santan.com.my dan aplikasi mudah alih T&CO.

Menawarkan hidangan popular Asean bermula hanya dari RM12, para pelanggan kini boleh menikmati Nasi Lemak Pak Nasser dan Nasi Ayam Uncle Chin serta hidangan popular lain yang diilhamkan oleh negara-negara Asean seperti Mi Ikan bersama Nenas dari Cambodia, Ayam Inasal beserta Nasi Bawang dari Filipina, selain teh dan kopi dari rantau Asean, snek dan pencuci mulut tempatan seperti Nasi Lemak Quinoa dan kek Onde-Onde.

Bagi meraikan pembukaan restoran tersebut, Santan menawarkan promosi masa terhad atas talian untuk menikmati Nasi Lemak Pak Nasser dengan Rendang Ayam pada hanya RM5*. Untuk membuat pesanan, sila lawati santan.com.my. Bagi T&CO, nikmati kopi percuma** dengan setiap muat turun aplikasi mudah alih T&CO di Apple Store dan Google Play.

*Eksklusif untuk pesanan atas talian di santan.com.my. Satu pesanan bagi setiap pelanggan. Daftar masuk sebagai Ahli BIG untuk menggunakan kod promo: SANTANRM5

**Kopi percuma dengan setiap muat turun aplikasi T&CO. Satu pesanan bagi setiap Ahli BIG. Daftar masuk sebagai Ahli BIG untuk menggunakan kod promo: TCOFREECOFFEE