AirAsia Newsroom

View Original

Rebut peluang memenangi penerbangan percuma dan banyak lagi di restoran Santan airasia

Kuala Lumpur, 16 September 2022 - Restoran Santan airasia yang menyajikan ‘best nasi lemak in town’ menawarkan aktiviti menarik dan tiket penerbangan percuma* sempena airasia’s Santan Mini Carnival yang bakal berlangsung di tujuh cawangannya mulai 18 September hingga 30 Oktober 2022.

Santan, sebuah jenama tempatan yang terkenal dengan pelbagai hidangan berinspirasikan Asean seperti Nasi Lemak Pak Nasser, Indomee dan banyak lagi, akan menganjurkan kempen selama tujuh minggu di seluruh cawangan restorannya. Para pelanggan berpeluang untuk mencuba mesin ‘Wind Chamber’ dan ‘Hand Claw’ istimewa yang menawarkan pelbagai hadiah menarik bagi setiap perbelanjaan minimum RM35 dalam satu resit.

Antara hadiah menarik termasuk hadiah utama tiket penerbangan ke Maldives atau Bangkok. Pelanggan juga berpeluang untuk memenangi baucar dan hadiah eksklusif daripada airasia ride, airasia travelmall, airasia food serta diskaun sehingga 50% untuk penginapan hotel dan sehingga 10,000 mata ganjaran airasia rewards. Sebagai bonus tambahan, pelanggan juga boleh memenangi baucar Santan yang menjadi rebutan!
Mesin 'Wind Chamber' dan 'Hand Claw' tersebut akan tersedia di cawangan-cawangan ini pada tarikh berikut:

Pada bulan Julai lalu, Santan telah memperkenalkan pembungkusan baharu yang mudah untuk menu Nasi Lemak Pak Nasser. Digelar sebagai 'Nasi Lemak On-The-Go', paket berbentuk segitiga piramid yang mudah dipegang itu membolehkan para penggemar makanan yang sibuk untuk menikmati hidangan kegemaran mereka pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Nasi Lemak On-The-Go kini tersedia di semua cawangan restoran dan kafe Santan pada harga RM4.90, serta di dalam penerbangan AirAsia.

Sejak pembukaan restoran pertamanya pada tahun 2019, Santan kini mempunyai 11 cawangan di seluruh Lembah Klang. Pelanggan boleh berkunjung ke restoran Santan yang terletak di AEON Shah Alam, IOI Mall Puchong, KL East Mall, Kompleks PKNS Shah Alam, NU Sentral, Setia City Mall, Sunway Pyramid dan RedQ (ibu pejabat AirAsia), manakala Kafe Santan terletak di The Gardens MidValley, RedQ dan RedStation (ibu pejabat airasia Super App) di KL Sentral.

Sertai airasia’s Santan Mini Carnival dan rebutlah peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik sambil menikmati keenakan rasa hidangan berinspirasikan Asean. Anda pastinya tidak akan pulang dengan perut dan tangan kosong!

Semua hidangan airasia’s Santan disahkan Halal, dihasilkan dan dibungkus secara bersih mengikut keperluan keselamatan makanan yang ketat. Ia juga boleh ditempah melalui ikon “Food” di aplikasi airasia Super App atau laman web airasia.com/food serta platform penghantaran lain.

Untuk berita terkini, aktiviti dan promosi, ikuti Santan di TikTok, Instagram (@santan.asean) dan Facebook (facebook.com/santan.airasia).

*Penerbangan PERCUMA tidak termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.