AirAsia Newsroom

View Original

Pulang beraya dengan penerbangan lewat malam dan tambang tetap AirAsia

SEPANG, 30 April 2019 - AirAsia akan menambah penerbangan lewat malam dengan tambang rendah tetap untuk musim perayaan Pesta Menuai dan Hari Raya Aidilfitri.

Tambang rendah tetap tersebut bermula hanya daripada RM99* dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Johor Bahru, RM149* dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak dan RM199* dari Semenanjung Malaysia ke Sabah. Tambang rendah tetap ini tersedia untuk perjalanan antara 31 Mei dan 17 Jun 2019. AirAsia juga akan menawarkan tambang rendah untuk laluan terpilih ke Sabah dan Sarawak untuk perjalanan antara 27 Mei dan 30 Mei 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes berkata, “Ketika para tetamu kami bersiap sedia untuk menyambut Pesta Menuai dan Hari Raya, kami bersedia untuk membawa mereka pulang beraya bersama orang yang tersayang. Oleh itu, kami menyediakan lebih daripada 115,000 tempat duduk tambahan dalam tempoh perayaan ini dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan atas sokongan mereka membantu kami mendapatkan kelulusan ini. Untuk para tetamu AirAsia, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan selamat menyambut Pesta Menuai.”

Menteri Pengangkutan YB Loke Siew Fook berkata, “Saya berbesar hati kerana AirAsia meningkatkan kekerapan penerbangannya semasa musim perayaan ini untuk memastikan harga tambang penerbangan lebih kompetitif dan rendah. Penerbangan tambahan dengan tambang tetap ini menawarkan nilai yang terbaik untuk rakyat Malaysia menempah penerbangan di musim Hari Raya dan Pesta Menuai ini terutamanya antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak. Kami percaya kerjasama antara pemain industri dan kerajaan adalah penting untuk menawarkan kadar tambang yang mampu dimiliki oleh semua, dan saya berbesar hati kerana AirAsia menyokong inisiatif kerajaan.”

Para tetamu yang melakukan perjalanan sepanjang tempoh ini dinasihatkan untuk tiba lebih awal ke lapangan terbang kerana kesesakan dijangka akan berlaku di pemeriksaan keselamatan dan kaunter daftar masuk.

Semua tetamu juga dinasihatkan untuk mendaftar masuk secara dalam talian dan mencetak pas masuk mereka sendiri. Daftar masuk melalui web dan aplikasi mudah alih boleh didapati dari 14 hari sebelum waktu pelepasan untuk semua penerbangan AirAsia.

Bagi tetamu yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor Bahru, AirAsia menggalakkan mereka untuk menggunakan perkhidmatan Fast Airport Clearance Experience System (FACES) untuk perjalanan yang lebih lancar. Pendaftaran FACES boleh didapati secara percuma di aplikasi mudah alih AirAsia.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).


Jadual Penerbangan Lewat Malam dengan Tambang Tetap dalam Semenanjung Malaysia:

Jadual Penerbangan Lewat Malam dengan Tambang Tetap dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak:

Jadual Penerbangan Lewat Malam dengan Tambang Tetap dari Semenanjung Malaysia ke  Sabah:

Jadual Penerbangan dengan Tambang Tetap dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak:

*Tambang termasuk semua yang tercatat adalah bagi penerbangan sehala untuk Ahli BIG sahaja termasuk cukai untuk tempahan dari 30 April 2019 hingga 17 Mei 2019. Tertakluk kepada  terma dan syarat.