AirAsia Academy Lancar Platform On-Demand Learning, Kerjasama Dengan Kementerian Pengajian Tinggi Untuk Memajukan Malaysia Sebagai Negara Maju Digital

  • On-Demand Learning, memperkasakan dan menyemarakkan rakyat Malaysia melalui perjalanan pembelajaran digital.

  • AirAsia Academy tawar akses percuma selama sebulan untuk pendaftar baru.

  • Para graduan AirAsia Academy menerima tawaran pekerjaan dalam bidang Pemasaran Digital, Kejuruteraan Perisian dan Data Analitik menerusi Program Transformasi Digital Graduan Universiti (PTGDU)

(Photo Caption: (Dari kiri to kanan) Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Yang Berbahagia Dato’ Seri Abdul Razak Bin Jaafar, Menteri Pengajian Tinggi,Yang Berhormat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, dan Presiden (Ventures) Capital A merangkap Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Academy Puan Aireen Omar.)

KUALA LUMPUR, 7 Julai 2022 - AirAsia Academy, cabang pendidikan di bawah Capital A Berhad hari ini mengumumkan pelancaran platform Pembelajaran Atas Permintaan atau On-Demand Learning (ODL) dalam usahanya memperkasakan semangat rakyat Malaysia bagi memanfaatkan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Ini sejajar dengan misi syarikat Capital A untuk menawarkan pendidikan digital yang berpatutan dan mudah diakses kepada semua pelajar. Pada masa yang sama, tawaran pembelajaran platform ODL ini sejajar dengan kerjasama AirAsia Academy bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menghasilkan graduan berkemahiran sepadan dengan keperluan IR 4.0 serta untuk memajukan negara sebagai sebuah negara yang dipacu secara digital. 

Pelancaran platform ODL, perkhidmatan setempat edutech yang mengandungi lebih daripada 16,000 video daripada pelbagai kandungan teknologi dan bukan teknologi, dibangunkan untuk memenuhi kemudahan pelanggan dan juga melengkapkan pengalaman pembelajaran AirAsia Academy. Ia juga mengukuhkan lagi keupayaan AirAsia Academy sebagai pusat latihan terkemuka negara di dalam bidang EduTech yang bertujuan menjadikan latihan digital lebih menyeluruh. 

Pelancaran platform ini telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Aireen Omar, Presiden (Ventures) Capital A dan CEO of AirAsia Academy. Turut hadir ke majlis ini adalah Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi, Yg. Bhg. Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar dan Prof Datuk Ts. Dr Ahmad Fauzi b Ismail, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM). 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, “Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Kumpulan Capital A Berhad serta seluruh warga kerja AirAsia Academy atas pelancaran Portal On-Demand Learning (ODL) ini. Saya yakin portal ini akan menjadi antara sumber utama yang menawarkan pendidikan secara fleksibel, bukan hanya pada pelajar dan graduan IPT, tetapi  juga kepada belia, pekerja dan seluruh Keluarga Malaysia.”

Sementara itu, jelas Dr. Noraini, pelaksanaan Pelan Transformasi Digital Graduan Universiti (PTDGU) ini merupakan satu langkah strategik antara AirAsia Academy, KPT dan UTM dalam memastikan para graduan dapat memenuhi keperluan industri.

“Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan AirAsia Academy seiring dengan perkembangan mereka dalam sektor pendidikan atas talian,” tambahnya lagi.

Aireen Omar, Presiden (Ventures) Capital A merangkap Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Academy berkata, “Kami berasa teruja untuk melancarkan platform ini secara rasmi dan berbangga kerana mendapat sokongan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi yang menyokong visi kami untuk menjadikan pendidikan lebih inklusif. Kami turut berbangga dengan pencapaian pasukan AirAsia Academy kerana telah membangunkan rangkaian produk ODL hanya dalam masa enam bulan selepas idea itu diilhamkan. Menurut Aireen lagi, Dalam masa dua bulan sahaja, AirAsia Academy berjaya menawarkan lebih 16,000 konten baharu dan jumlah itu dijangka bakal melebihi 20,000 menjelang akhir tahun 2022. Kami yakin konten-konten ini akan bakal  mendapat sambutan memberangsangkan kerana ramai pengguna telah mengikuti kandungan pada platform kami.”

Platform ini telah direka untuk pengguna pelbagai peringkat umur yang ingin mempelajari sesuatu yang baharu setiap hari. Ia juga memuatkan konten yang telah diterbitkan oleh AirAsia Academy dengan memanfaatkan pangkalan data yang besar untuk konten-konten berkaitan tentang teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI) dan analisis data. Konten Jom Tuisyen, platform tuisyen atas talian juga boleh didapati di AirAsia Academy di mana ia memberi ibu bapa dan pelajar akses kandungan pembelajaran kurikulum kebangsaan bermula dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5.

Sempena pelancaran platform tersebut, sebuah majlis penyampaian sijil telah diadakan bagi meraikan para graduan di bawah inisiatif Program Transformasi Digital Graduan (PTGDU), satu lagi kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi, UTM dan AirAsia Academy untuk menghasilkan graduan di dalam industri teknologi melalui program peningkatan kemahiran di AirAsia Academy. Seramai 200 orang graduan daripada pelbagai universiti awam telah menyertai program ini dan bakal menerima penempatan pekerjaan di industri setelah tamat program.

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Ts. Dr Ahmad Fauzi b Ismail berkata, “Fokus kerjasama kami dengan AirAsia Academy adalah untuk menyediakan graduan ke pasaran pekerja untuk memenuhi keperluan bakat IR 4.0 di Malaysia. UTM akan sentiasa menyokong inisiatif Kementerian dan memastikan hubungan kerjasama antara UTM dan AirAsia Academy akan diteruskan lagi di masa hadapan.”

Konten ODL tersedia melalui tiga pelan langganan – pelan langganan 1-tahun pada harga RM28/bulan, 3-bulan pada harga RM48/bulan, dan 1-bulan pada harga RM69/bulan. Bagi setiap pembelian pelan langganan ODL, para pelanggan akan mendapat akses kepada lebih 16,000 kandungan video yang meliputi pelbagai subjek berkaitan teknologi dan banyak lagi. Sesetengah kandungan dalaman juga menawarkan pilihan penilaian, menjadikan ia cara terbaik untuk memastikan pelanggan dapat memantau perkembangan mereka. Untuk masa yang terhad, AirAsia Academy menawarkan yuran langganan sebulan secara PERCUMA bagi mereka yang mendaftar dengan kod AAAFREEMONTH dari 7 Julai sehingga 10 Julai 2022.  

Layari https://airasiaacademy.com untuk maklumat lanjut mengenai kursus-kursus yang disediakan oleh AirAsia Academy.

Mengenai AirAsia Academy

AirAsia Academy merupakan platform teknologi pendidikan sehenti untuk memacu ekonomi digital di ASEAN. Bersama-sama dengan Google Cloud, AirAsia Academy merupakan ‘Industry Disruptor’ untuk pendidikan konvensional dengan merapatkan jurang antara Pendidikan Tertiari dan Industri Lanjutan di ASEAN dengan meningkatkan kemahiran dan melatih semula tenaga kerja dengan pengetahuan yang relevan dalam industri hari ini, menjadikan para pelajar kami amat diperlukan berikutan mereka dilengkapi dengan set kemahiran dalam era digital moden. 

Dilancarkan pada Oktober 2020, AirAsia Academy bekerjasama dengan pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk melatih semula kakitangan mereka dalam kejuruteraan perisian, rantaian blok dan data. AirAsia Academy juga menyediakan Program BINA Digital dengan kerjasama Google untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendigitalkan perniagaan mereka, dimana lebih 1000 PKS telah dilatih setakat ini.