AirAsia Newsroom

View Original

Nasihat Perjalanan: Terbang dengan selamat bersama-sama AirAsia di musim perayaan ini

SEPANG, 5 Julai 2022 - AirAsia ingin menggalakkan para tetamu untuk mengikuti nasihat perjalanan berikut bagi memastikan perjalanan yang selamat dan lancar menjelang musim perayaan ini.

Sebelum anda menempah penerbangan bersama-sama AirAsia, sila ambil maklum mengenai keperluan berikut:

  • Pastikan anda (dan keluarga anda) layak untuk melakukan perjalanan. Sila semak sebarang sekatan perjalanan atau keperluan khas perjalanan ke destinasi anda, termasuk dokumen kesihatan yang berkaitan dan bukti sijil vaksinasi. Keperluan ini mungkin berubah dari semasa ke semasa jadi kami ingin menasihati anda untuk menyemak dengan pihak berkuasa untuk maklumat terkini.

  • Pastikan anda sihat untuk melakukan perjalanan. Jika anda mengalami sebarang gejala seperti selesema, kami sarankan untuk anda tidak meneruskan rancangan perjalanan anda. Sebagai pengembara yang bertanggungjawab, kami menggalakkan anda melakukan ujian kendiri Covid-19 sebelum penerbangan untuk memastikan anda selamat dan melindungi para tetamu lain di sepanjang perjalanan.

  • AirAsia menggalakkan proses daftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan kesesakan di lapangan terbang. Anda boleh membuat daftar masuk secara kendiri dengan mudah 14 hari sebelum tarikh perlepasan dan menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki penerbangan anda. 

Sila ambil maklum:

  • Perkhidmatan daftar masuk melalui kaunter hanya akan tersedia untuk tetamu yang mempunyai mobiliti terhad, mereka yang melakukan perjalanan bersama-sama bayi (berumur di bawah 24 bulan) dan tetamu remaja yang membuat perjalanan bersendirian.

  • Tiba awal di lapangan terbang. Anda digalakkan untuk tiba lebih awal sebelum waktu pelepasan yang telah dijadualkan untuk menyelesaikan semua proses sebelum menaiki penerbangan.

  • Gunakan kiosk tanpa sentuhan di lapangan terbang untuk mencetak tag bagasi dan daftar masuk bagasi secara kendiri. Anda diingatkan untuk membuat pra-tempahan bagasi dalam talian semasa membuat tempahan penerbangan sehingga 4 jam sebelum penerbangan untuk menikmati penjimatan terbaik. Sebaik sahaja anda mendaftar masuk secara kendiri dalam talian, anda hanya perlu mengimbas kod QR pada pas masuk elektronik anda di kiosk daftar masuk untuk mencetak tag bagasi dan teruskan ke kaunter daftar masuk bagasi kendiri.

  • Pakai pelitup muka sebelum, semasa dan selepas penerbangan. Pakai pelitup muka seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa kesihatan, atau gunakan pelitup muka berganda untuk perlindungan yang lebih baik. Pelitup muka dengan injap terbuka tidak dibenarkan di dalam penerbangan AirAsia.

Untuk tetamu yang terjejas oleh perubahan penerbangan atau penjadualan semula:

  • Pindah penerbangan anda secara PERCUMA dengan mudah pada bila-bila masa. Hanya log masuk ke akaun anda di airasia.com, klik pada pautan ‘My Booking’, pilih penerbangan yang terjejas dan klik ‘Modify’. Penukaran penerbangan adalah percuma untuk satu kali dalam tempoh satu bulan dari tarikh perlepasan asal anda.

Untuk status penerbangan terkini, sila layari airasia.com/flightstatus. 

Untuk pengalaman perjalanan yang lebih baik dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.

** TAMAT **