AirAsia Newsroom

View Original

Nasi Lemak Paling Popular Di Malaysia Kini Lebih Besar! MEMPERKENALKAN NASI LEMAK PAK NASSER TERPALING ISTIMEWA DARI SANTAN

Cik Rosita Sulaiman, Krew Kabin AirAsia bersama Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa

KUALA LUMPUR, 20 Mac 2024 – Berita baik untik penggemar makanan – Nasi lemak kegemaran Malaysia kini semakin besar! Santan, penyedia perkhidmatan dalam penerbangan yang terkenal, teruja untuk memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special) yang dinanti-nantikan, memberikan kegembiraan dan kepuasan berganda untuk semua peminat nasi lemak popular ini.

Diatas permintaan yang memberangsangkan daripada para tetamu setia AirAsia, Santan telah menggandakan saiz Nasi Lemak Pak Nasser tanpa menjejaskan rasa hidangan ikonik ini. Setiap suapan kini menawarkan kuantiti berganda rendang ayam, sambal dan telur rebus dan dilelengkapi dengan kacang tanah dan ikan bilis yang digoreng rangup yang mentakrifkan hidangan klasik kegemaran Malaysia ini, 

Dan bukan itu sahaja – persiapkan diri anda untuk satu elemen tambahan! Untuk masa yang terhad, setiap hidangan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa ini didatangkan dengan bonus tambahan sate ayam yang lazat, menjadikannya satu set yang amat berbaloi dan mengenyangkan.

Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa ini dijual pada harga MYR23 untuk penerbangan AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) dan MYR30 untuk penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7).

Sempena bulan Ramadan yang mulia, Santan juga teruja untuk memperkenalkan satu set istimewa yang dinamakan 'Bazar Santan di Langit'. Ia adalah sebuah kombo yang mengandungi Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa, pilihan minuman sejuk yang menyegarkan dan pilihan kuih tradisional yang lazat (Bingka Ubi atau Tepung Pelita), dan kurma segar, semuanya disajikan dalam sebuah kotak bawa pulang edisi terhad yang menarik. Dengan tambahan hanya MYR5, tetamu boleh menikmati set istimewa ini, yang menawarkan nilai terbaik dan mengenyangkan.

Pengurus Besar Santan, Cik Catherine Goh berkata, "Di Santan, kami komited untuk terus berinovasi dan meningkatkan tawaran kami untuk menggembirakan para tetamu AirAsia yang dihargai. Nasi Lemak Pak Nasser kami digemari bukan sahaja oleh rakyat Malaysia tetapi amat terkenal di kalangan pengembara dari serata dunia. Tahun lepas, kami memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser berasaskan tumbuhan (vegetarian) yang telah mendapat sambutan baik dan terus menjadi salah satu item terlaris dalam menu kami. Selain itu, pada tahun 2022, kami menawarkan 'Ais Krim Nasi Lemak,' yang menjadi satu pencuci mulut sensasi! Dengan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa baharu ini, kami berhasrat untuk menawarkan satu lagi varian nasi lemak dan mempertahankan reputasi kami sebagai penyedia Nasi Lemak terbaik, di darat dan di angkasa.”

Para tetamu digalakkan untuk membuat tempahan makanan dalam talian sebelum penerbangan untuk memastikan pilihan anda tersedia pada hari penerbangan dan sebagai tambahan, anda akan dilayan lebih awal. Seperti biasa, semua hidangan Santan adalah disahkan Halal, dihasilkan dan dibungkus secara bersih, mematuhi piawaian keselamatan makanan yang ketat.

Untuk perkembangan terkini, promosi dan kandungan khas, ikuti Santan airasia di TikTok, Instagram (@santan.asean), Facebook (facebook.com/santan.airasia) dan LinkedIn

TAMAT