AirAsia Newsroom

View Original

Koleksi AirAsia dan Pestle & Mortar Clothing semarakkan kemegahan rantau Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 11 Februari 2020 - AirAsia dan Pestle & Mortar Clothing hari ini melancarkan ‘PMC x AirAsia: S.E.A. Pride’ sebuah koleksi kapsul eksklusif yang meraikan kemegahan rantau Asia Tenggara serta budaya dan rakyatnya.

Direka oleh tujuh pereka dari Asia Tenggara dari Malaysia (Pestle & Mortar Clothing), Vietnam (Headless), Kemboja (Lisa Mam and Peap Tarr), Thailand (Mamablues), Filipina (Don’t Blame The Kids) dan Singapura (Sam Lo), koleksi tersebut dijangka akan menarik perhatian kerana para pereka diberi kebebasan kreatif sepenuhnya dalam mengekspresikan erti Asia Tenggara melalui gaya mereka, seterusnya mengangkat bakat para pereka dan artis Asia Tenggara.

Dilancarkan oleh Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia Rudy Khaw serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Pestle & Mortar Clothing Hugh Koh di REXKL, koleksi ini mengetengahkan tujuh pakaian dan aksesori seperti tiga helai baju-t, sebuah topi, satu tag bagasi, sebuah beg dan satu set pin dengan tiga rekaan.

Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia Rudy Khaw berkata, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan jenama tempatan seperti Pestle & Mortar Clothing, untuk meningkatkan jenama Asia Tenggara dalam tawaran gaya hidup kami. Kerjasama ini membuka peluang kepada para pereka di rantau ini untuk bersama-sama menaikkan nama dan rekaan mereka di rangkaian luas kami dan dalam talian. Kami berharap kerjasama ini bukan sahaja akan menggalakkan lebih ramai pereka di Asean untuk mencari cara baharu dalam mengetengahkan jenama dan warisan mereka.”

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Pestle & Mortar Clothing Hugh Koh berkata, “Kami bukan sahaja jenama, tetapi juga pencerita. Di Pestle & Mortar Clothing, kami bercerita melalui kanvas yang mana kami berharap dapat mencetuskan perbualan dan menunjukkan kemampuan bakat-bakat di Asia Tenggara. Kerjasama dengan AirAsia adalah sangat istimewa kerana ianya bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-10 kami dan pada masa yang sama kami dapat menyerlahkan cerita Asia Tenggara dengan sebuah koleksi daripada tujuh pereka berbeza.”

Koleksi baharu tersebut boleh didapati bermula 15 Februari 2020 di dalam penerbangan terpilih AirAsia, butik Major Drop Sunway Pyramid, Major Drop Midvalley, pestlemortarclothing.com dan ourshop.com.

Untuk aktiviti terkini dan promosi AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

***

Mengenai Pestle & Mortar Clothing

Established in the year 2010, Pestle & Mortar Clothing isn’t just about what you wear, but also a projection of our personal lifestyle, culture and homeland. Our designs pay homage to the things we find familiar whilst growing up in South East Asia. This approach makes it even more personal for us; our geography, through our eyes. The most ordinary and mundane things sometimes defines who we really are, but more importantly, where we come from. The name is derived from the background of the team comprising mostly of Southeast Asians. A pestle and mortar can be found in pretty much every asian household and is a representation of us. Very much like the ingredients used with a pestle and mortar this signifies each of our experiences and identities all fused together into one beautiful paste like substance, our products. “Pride Of Southeast Asia.”