AirAsia Newsroom

View Original

Nasihat Perjalanan: Tetamu AirAsia dengan penerbangan yang dibatalkan boleh membuat perubahan tarikh penerbangan hingga 30 November 2021

SEPANG, 19 Ogos 2021 - Tetamu AirAsia dengan tempahan penerbangan yang dibatalkan oleh syarikat penerbangan tersebut boleh membuat perubahan tarikh penerbangan untuk penerbangan baharu hingga 30 November 2021.

Tetamu yang menerima notis pembatalan penerbangan boleh:

Tukar penerbangan: Tukar kepada tarikh perjalanan baharu sebelum 30 November 2021 di laluan yang sama tanpa terhad, tanpa kos tambahan bergantung pada ketersediaan tempat duduk.

Tetamu yang terjejas berikutan pembatalan penerbangan juga akan menerima e-mel dan/atau SMS berasingan dengan pilihan yang tersedia.

Sila tekan pautan ‘Bercakap dengan AVA sekarang’ di support.airasia.com atau airasia.com untuk membuat pilihan anda dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

  • Pilih "Penerbangan" dari menu utama AVA

  • Pilih "Perubahan Penerbangan COVID-19"

  • Pilih "AirAsia batalkan penerbangan saya"

  • Pilih "Tukar penerbangan"

  • Masukkan maklumat tempahan dan teruskan ke langkah seterusnya seperti yang diarahkan oleh AVA

Pilihan pertukaran penerbangan hanya sah untuk tempahan dalam talian secara langsung yang dibuat melalui airasia Super App atau airasia.com. Untuk tempahan berkumpulan atau yang dibuat oleh ejen pelancongan, para tetamu dinasihatkan untuk merujuk kepada ejen tempahan masing-masing untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut.

AirAsia ingin menasihatkan semua tetamu yang mempunyai keperluan perjalanan penting untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan, memeriksa semua keperluan perjalanan dan mengamalkan kebersihan diri yang tinggi setiap masa. AirAsia telah dianugerahkan 7-Bintang tertinggi oleh Airlineratings.com untuk langkah-langkah keselamatan termasuk maklumat di laman web mengenai prosedur COVID-19, pemakaian pelitup muka, peralatan perlindungan diri untuk kru kabin, perkhidmatan hidangan dalam penerbangan yang diubah suai, pembersihan pesawat secara berkala dan banyak lagi.

AirAsia terus memantau keadaan kesihatan global dengan teliti dan berhak untuk mengumumkan polisi selanjutnya mengikut perkembangan terkini.

Ikuti AirAsia di Twitter (@airasia) dan Facebook (facebook.com/airasiatravels) untuk maklumat terkini, atau hubungi pasukan sokongan pelanggan kami di support.airasia.com. Para tetamu juga digalakkan untuk memeriksa status penerbangan mereka di airasia.com/flightstatus untuk maklumat terkini.