AirAsia Newsroom

View Original

JUALAN KILAT: OURSHOP rai ulang tahun pertama

SEPANG, 5 JULAI 2019 – Platform e-dagang AirAsia, OURSHOP meraikan ulang tahun pertamanya bulan ini, dengan mengadakan jualan kilat dan menawarkan diskaun 50% ke atas semua produk. Promosi beli-belah dalam talian ini sah untuk 72 jam sahaja dan akan bermula dari 7 Julai 2019 sehingga 9 Julai 2019.

Selain daripada pra-tempah produk bebas cukai pada harga terendah, pelanggan berpeluang menikmati kemudahan menerima barangan pembelian di dalam penerbangan AirAsia atau di lapangan terbang terpilih.

Pengikut OURSHOP di media sosial (Facebook and Instagram) juga akan diberi peluang untuk menikmati tempoh tambahan 24 jam untuk jualan tersebut dengan menantikan kod promo unik .

Ketua Pegawai Eksekutif OURSHOP Lalitha Sivanaser berkata, “Bagi meraikan ulang tahun pertama OURSHOP, kami memberi ganjaran kepada pelanggan kami dengan menawarkan diskaun besar-besaran pada produk dan jenama tempatan serta antarabangsa OURSHOP.

“Kami juga mengadakan Birthday GIFTaway dengan hadiah* bernilai RM1,000,000 yang menanti pelanggan bertuah dari 7 hingga 21 Julai 2019. Ini termasuk 1.5 juta mata ganjaran AirAsia BIG, tiket penerbangan pergi-balik ke Melbourne, baucar beli-belah OURSHOP, baucar hotel dan banyak lagi. Apa yang anda perlu lakukan adalah layari ourshop.com setiap hari semasa tempoh kempen dan anda berpeluang untuk menang.”

OURSHOP adalah platform e-dagang unik yang menjual pelbagai produk bebas cukai termasuk jenama tempatan dan antarabangsa. Platform ini bukan sahaja boleh diakses oleh hampir 100 juta penumpang dibawa AirAsia setiap tahun, tetapi mana-mana pelancong yang menggunakan lapangan terbang. Platform e-dagang berkenaan direka dengan kemudahan dan kesenangan pada harga mampu milik.

Selain menikmati kemudahan membeli menggunakan peranti mudah alih, para tetamu juga boleh menikmati ketenangan fikiran apabila membuat pembelian daripada peruncit atau jenama rasmi, sekaligus mengenepikan keraguan mengenai keaslian produk.

Pembeli yang memilih untuk pra-tempah barangan bebas cukai mereka di OURSHOP kini boleh menerima barangan tersebut di cawangan bebas cukai ERAMAN di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2), Aelia Duty Free di Lapangan Terbang Avalon Melbourne, Lagardère Hong Kong di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, Plaza Bali di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta Jakarta dan Regent Asia, rakan kongsi baharu kami yang akan memulakan perkhidmatan sama di Filipina tidak lama lagi. Pembeli juga boleh pra-tempah dan menerima produk pembelian dalam penerbangan AirAsia.

Para tetamu yang membeli produk di ourshop.com boleh mengumpul mata ganjaran AirAsia BIG yang boleh digunakan untuk menebus penerbangan percuma di airasia.com. Semakin banyak destinasi yang dikunjungi atau barangan yang dibeli, semakin banyak mata ganjaran yang akan diperolehi, seterusnya mewujudkan nilai kitaran.

Layari OURSHOP hari ini di www.ourshop.com untuk membuat pembelian produk bebas cukai anda.

Untuk berita, aktiviti dan promosi terkini OURSHOP, ikuti OURSHOP di Facebook (facebook.com/ourshopofficial) dan Instagram (instagram.com/ourshop).

 

*Diskaun 50% dihadkan pada MYR500. Ganjaran harian terhad kepada satu ganjaran setiap pengguna dan pengguna hendaklah pautkan akaun ahli AirAsia BIG di ourshop.com. Hadiah tidak dijamin.

Penerimaan barangan dalam penerbangan tersedia bagi perkhidmatan AirAsia (kod penerbangan AK), AirAsia X (kod penerbangan D7) dan AirAsia Indonesia (kod penerbangan QZ). Pengambilan di lapangan terbang disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (T1), Lapangan Terbang Avalon Mebourne, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta Jakarta dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (T1).