Jenama AirAsia dan American Tourister bergabung, perkenalkan koleksi The Funseekers Collection

KUALA LUMPUR, 21 Januari 2025 - Abc. (AirAsia brand co.), cabang pembangunan strategik, pengurusan, pelesenan, dan dagangan jenama AirAsia serta portfolio jenama dan harta intelek di bawah Capital A, dengan bangganya mengumumkan kerjasama bersama American Tourister, jenama bagasi dan gaya hidup terkemuka dunia. Kerjasama ini memperkenalkan koleksi yang sangat dinantikan, The Funseekers Collection, yang menampilkan identiti jenama AirAsia.

Menggabungkan dua jenama ikonik yang sinonim dengan pengembaraan dan perjalanan, The Funseekers Collection menawarkan gabungan gaya, ketahanan, dan reka bentuk kreatif. Koleksi ini mencerminkan aspirasi bersama kedua-dua jenama untuk meningkatkan pengalaman perjalanan dan membolehkan pengembara menikmati pengembaraan mereka dengan penuh gaya dan keyakinan.

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, berkata, "Saya amat berbangga dengan pelancaran perjanjian pelesenan pertama AirAsia — satu jenama yang telah dibangunkan selama 23 tahun untuk melambangkan nilai, kebolehcapaian, dan keterangkuman. Jenama ini dicintai oleh jutaan pengembara di seluruh dunia. Perkongsian dengan American Tourister ini merupakan langkah penting untuk membuka peluang pertumbuhan di luar sektor penerbangan, sambil menunjukkan kuasa kolaborasi jenama strategik dalam memperkukuh pengaruh kami dan membina kesetiaan jenama.

“Abc. adalah tentang memanfaatkan kekuatan jenama yang telah kami bina selama beberapa dekad. Melalui kerjasama ini, kami menunjukkan bagaimana pelesenan strategik boleh menghidupkan semangat AirAsia dengan cara baharu, membolehkan kami kekal dekat di hati orang ramai, tidak kira di mana perjalanan mereka membawa mereka."

Rudy Khaw, Ketua Pegawai Eksekutif Abc., berkata, "The Funseekers Collection ialah lanjutan ideal falsafah jenama kami untuk membina hubungan bermakna bagi setiap pengembara. Dengan menggabungkan kepraktisan dan gaya yang meraikan semangat kebebasan dan pengembaraan, kami amat bersemangat untuk bekerjasama dengan American Tourister. Koleksi ini bukan sahaja menginspirasikan eksplorasi tetapi turut menjadikan perjalanan lebih mudah diakses, mencerminkan intipati AirAsia — menghubungkan orang ramai, meneroka destinasi baharu, dan menyalakan semangat dalam setiap perjalanan."

"Sejak ditubuhkan pada Januari 2023, Abc. komited untuk memperluaskan jangkauan dan meningkatkan impak jenama AirAsia di peringkat global. Syarikat ini giat meneroka peluang baharu dalam sektor berkaitan perjalanan dan gaya hidup dengan memanfaatkan kekuatan jenama AirAsia untuk meningkatkan keterlihatan, menjangkau lebih ramai audiens, serta menambah nilai strategik kepada rakan kongsi melalui tawaran pelesenan. Selain memperkukuh kedudukan jenama AirAsia yang tersohor, Abc. turut memperluaskan jenama ini melalui pembangunan harta intelek (IP) karakternya, AirAsia Buds. Terdapat rancangan menarik untuk membuka lebih banyak peluang pelesenan kepada rakan kongsi yang berminat dalam bidang gaya hidup, kandungan hiburan, pengalaman unik, dan produk barangan," tambahnya.

"Di American Tourister, kami komited untuk menceriakan perjalanan anda dengan warna-warna berani dan reka bentuk bergaya yang selari dengan semangat peneroka masa kini. Melalui kerjasama dengan AirAsia, kami membawa pengalaman perjalanan ke tahap baharu — di mana kefungsian dipadukan dengan gaya penuh keyakinan. Koleksi ini sarat dengan elemen unggul dan ciri praktikal, mentakrifkan semula pengalaman perjalanan untuk generasi yang berani dan bersemangat. Bersama-sama, kami menjadikan setiap perjalanan seindah dan semenarik destinasi itu sendiri!" kata Ambert Khoo, Pengurus Besar, Samsonite Malaysia Sdn. Bhd.

Pengembaraan yang Berani dan Penuh Gaya

The Funseekers Collection ialah rangkaian bagasi dan aksesori bergaya tetapi praktikal, direka khas untuk mereka yang meraikan setiap detik perjalanan.

Reka bentuk koleksi ini menampilkan elemen unik seperti Floatie Charm yang comel dan tali pinggang keledar yang diinspirasikan oleh pesawat, memberikan sentuhan peribadi dan menyeronokkan kepada pengalaman perjalanan.

The Funseekers Collection kini tersedia di lokasi runcit terpilih di Malaysia dan akan dilancarkan tidak lama lagi di Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Kemboja, dan Vietnam.

Pelesenan Jenama AirAsia: Membuka Potensi Baharu
Menurut Khaw lagi, "Kerjasama pelesenan ini membuktikan dedikasi kami untuk memperluas portfolio jenama AirAsia dan meneroka peluang pertumbuhan baharu. Dengan memanfaatkan kekuatan dan pengiktirafan jenama AirAsia, kami yakin bahawa perkongsian ini dapat menjana hasil, meningkatkan kesedaran jenama, dan membuka akses kepada pasaran baharu. Kami mengalu-alukan lebih banyak syarikat untuk bekerjasama dengan kami dan memanfaatkan potensi besar jenama kami melalui tawaran pelesenan strategik."

Untuk pertanyaan lanjut tentang peluang pelesenan dengan AirAsia, sila hubungi licensing@airasiabrandco.com.


***TAMAT***