Ground Team Red Jana Pertumbuhan Kargo Udara di KLIA dengan Hab Kargo Udara Digital Baharu

Photo 1 GTR.jpg

SEPANG, 12 Disember 2019 - Ground Team Red (GTR), sebuah syarikat usaha sama antara AirAsia Bhd. dan SATS Ltd. telah melancarkan hab kargo udaranya di Kargo Udara KLIA Terminal 1 (KACT1) pada hari ini.

Hab kargo udara ini terletak di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) yang lalu, dan meliputi kawasan seluas 93,000 kaki persegi dan dibina dengan kos RM 23 juta. Kawasan tambahan ini turut bergabung dengan gudang seluas 40,000 kaki persegi sedia ada, dan kemudahan ini mampu mengendalikan sebanyak 300,000 tan muatan setiap tahun, selari dengan matlamat Malaysia untuk menjadi hab logistik serantau.

Hab kargo udara baharu tersebut membolehkan GTR untuk mengembangkan keupayaannya dengan mengendalikan operasi kargo pesawat berbadan kecil dan lebar dan mempunyai sistem pengendalian bahan bermotor yang memudahkan pengendalian Unit Beban Peranti (ULDs). Hab kargo udara baharu tersebut juga mempunyai kemudahan rantaian sejuk setinggi 10,000 kaki persegi yang dibina khas untuk pengendalian khusus bagi produk mudah rosak dan farmaseutikal serta zon yang ditetapkan untuk barangan berbahaya, haiwan peliharaan dan pengendalian kargo berharga. Ia juga dilengkapi pengimbas kargo keselamatan moden yang menawarkan pandangan kargo mendatar dan menegak untuk meningkatkan keberkesanan.

Hab tersebut dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan YB Loke Siew Fook, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, Presiden Kumpulan AirAsia (Syarikat Penerbangan) Bo Lingam, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SATS Alex Hungate, Ketua Pegawai Eksekutif GTR Kevin Chin dan Ketua Pegawai Eksekutif Teleport Pete Chareonwongsak.

Menteri Pengangkutan YB Loke Siew Fook berkata, "Tahniah GTR atas pelancaran hab Kargo Udara mereka pada hari ini, serta usaha mereka dalam meningkatkan operasi pengendalian darat syarikat penerbangan di Malaysia. Ia adalah kemudahan yang mengagumkan dan akan membantu menjadikan KLIA dan klia2 sebagai pintu masuk utama logistik, selari dengan Pelan Induk Logistik Kementerian untuk membangunkan Malaysia sebagai hab logistik. Saya juga ingin melihat GTR mempunyai kemudahan yang sama, khususnya kemudahan ruang sejuk di lapangan-lapangan terbang lain di Malaysia untuk terus membangunkan Malaysia sebagai hab logistik."

Ketua Pegawai Eksekutif Ground Red Team Kevin Chin berkata, "Kami menjangkakan kargo udara KLIA akan terus berkembang. Dengan pemain e-dagang global yang melabur di rantau ini, peningkatan kapasiti dan digitalisasi akan meningkatkan perkhidmatan pengendalian kargo udara dan kami akan meneruskan usaha untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab logistik bertaraf dunia di rantau ini dengan menambah keupayaan di lapangan-lapangan terbang lain di Malaysia."

***

Mengenai Ground Team Red

Ground Team Red Sdn Bhd (GTR) is a joint venture between SATS Ltd (SATS) and AirAsia Berhad, and commenced operations on 1 November 2017. GTR aims to maintain the highest quality product by embracing technology (innovation and digitalisation) to improve the productivity of our personnel, enhancing service level, with a strong emphasis on maintaining high safety standards. GTR provides a comprehensive range of ground handling services such as; guest handling, baggage services, aircraft handling,cargo handling services and security services. Currently, GTR handles an average of 475 flights daily across 19 airports in Malaysia and Singapore.

Malaysia, News, EnglishM ASepang