AirAsia Newsroom

View Original

Fakta Save Our Shops (S.O.S)

Latar Belakang

Situasi semasa wabak COVID-19 dan langkah-langkah diambil, termasuk Perintah Kawalan Pergerakan telah mengubah landskap bagaimana perniagaan dijalankan, terutamanya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana. AirAsia memberi respon kepada situasi ini dengan membuka ekosistemnya dan menawarkan sumber sedia ada kepada semua peniaga tempatan, bermula dengan mereka yang berada di Semenanjung Malaysia.

Kempen S.O.S

Save Our Shops (S.O.S) merupakan kempen untuk membantu sebanyak peniaga tempatan yang mungkin, dan AirAsia menawarkan sumber-sumber yang berikut:

  1. OURSHOP, platform e-dagang AirAsia akan dihoskan di laman web airasia.com, yang mempunyai jumlah trafik yang ketara.

  2. Produk yang dijual melalui OURSHOP akan dihantar melalui Teleport, cabang logistik AirAsia.

Kempen ini akan membolehkan peruncit untuk mendaftar TANPA KOMISEN & TANPA FI PENYENARAIAN untuk memasarkan produk mereka di OURSHOP, sepanjang bulan April. Bagaimanapun, peruncit hendaklah bertanggungjawab ke atas caj transaksi perbankan sebanyak 2% untuk setiap jualan dibuat.

Peniaga tempatan yang berminat untuk menjadi peruncit boleh mendaftar di www.ourshop.com/seller.

Mesej daripada AirAsia

  • Klik di sini untuk menonton mesej daripada Datuk Kamarudin Meranun

  • Klik di sini untuk menonton mesej daripada Tan Sri Tony Fernandes

FAQs

  1. Mengapa AirAsia melakukan ini?

    Banyak peniaga kecil menerima kesan berikutan penularan wabak ini. Justeru, AirAsia ingin memainkan peranan dalam membantu sebanyak mungkin peniaga tempatan di saat yang memerlukan ini. Kami mempunyai platform dan infrastruktur yang tepat, dan dalam tempoh penangguhan perjalanan ini, ini adalah masa terbaik untuk memanfaatkan sumber-sumber kami untuk kegunaan yang baik dengan menawarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

    Kami sedia maklum bahawa pasaran semasa dibanjiri permintaan tinggi untuk pembelian dalam talian dan perkhidmatan penghantaran. OURSHOP dan Teleport adalah penyelesaian kepada permasalahan ini. Pasarkan produk anda di OURSHOP, luaskan jangkauan anda dan Teleport, akan membantu mengurangkan jurang perkhidmatan penghantaran yang terhad dalam keadaan semasa ini.

    Kami berharap dapat bekerjasama dengan semua pihak dalam mendepani situasi ini, BERSAMA-SAMA.

  2. Apakah manfaat untuk peniaga tempatan yang mendaftar dengan OURSHOP melalui kempen S.O.S?

    Kami menawarkan KOMISEN SIFAR untuk peruncit yang ingin memasarkan produk mereka di OURSHOP. Kami menawarkan kempen ini untuk sepanjang bulan April untuk membantu para peniaga. 

  3. Apa manfaat lain diterima peruncit?

    Selain daripada komisen sifar, peruncit akan dapat memanfaatkan jumlah trafik yang tinggi di laman web airasia.com. Peruncit juga boleh mendapat manfaat daripada kepakaran e-dagang OURSHOP dan infrastruktur logistik Teleport.

  4. Apakah produk yang boleh disenaraikan?

Terdapat pelbagai produk seperti barangan runcit, keperluan harian, makanan & minuan, produk kecantikan serta barangan isi rumah. Kami mengalu-alukan semua peniaga yang memerlukan platform untuk menjual.

Mengenai OURSHOP

OURSHOP adalah pasaran e-dagang, milik AirAsia untuk memacu pertumbuhan produk tempatan dengan membangunkan perniagaan tradisional kecil dan sederhana untuk bersedia menembusi pasaran e-dagang. Di samping itu, tetamu juga boleh menerima mata ganjaran AirAsia BIG dengan setiap pembelian dibuat, dan juga menebus mata ganjaran AirAsia BIG untuk membayar perbelanjaan mereka.

Mengenai Teleport

Diasaskan pada tahun 2018 dan dahulunya dikenali sebagai RedCargo Logistics, Teleport adalah syarikat subsidiari penuh milik RedBeat Ventures (RBV), cabang usaha sama korporat Kumpulan AirAsia Berhad, bertujuan membina impian kargo dan logistik AirAsia. Teleport dalam misi membolehkan sesiapa sahaja - daripada pedagang tunggal ke syarikat besar untuk memindahkan barang serta e-dagang di Asia Tenggara dan di mana-mana sahaja. Seperti magik, ia sangat memudahkan. Untuk maklumat lanjut, layari teleport.asia atau menerusi media sosial kami di Facebook, Twitter dan Instagram.