AirAsia Newsroom

View Original

Bukan sahaja penerbangan, anda kini boleh menempah tawaran perjalanan dan gaya hidup di airasia.com

Syarikat tambang rendah terbaik dunia kini memperkenalkan laman sehenti untuk tawaran hotel, aktiviti, restoran dan ganjaran

SEPANG, 2 April 2019 – AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia kini memperluaskan tawaran selain penerbangan dengan pelancaran laman perjalanan sehenti baharu.

Kini anda boleh menempah hotel, aktiviti, restoran dan mendapatkan ganjaran di airasia.com, sebuah hab untuk semua keperluan perjalanan dan gaya hidup anda.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia (Digital dan Teknologi) Aireen Omar berkata, “Pelancaran tawaran di airasia.com adalah sebahagian besar daripada transformasi kami untuk menjadi lebih daripada sebuah syarikat penerbangan. Bermula hari ini, sama ada anda terbang bersama AirAsia atau sebaliknya, platform ini harus menjadi pilihan perjalanan dan gaya hidup nombor satu anda.

“Lebih daripada 16 juta tempahan penerbangan telah dibuat di airasia.com pada setiap tahun, dan ini bermakna platform baharu ini akan menyaingi agensi-agensi pelancongan dalam talian terbesar di rantau ini. Ditambah pula dengan penerbangan kami, kami yakin ia akan menjadi hab perjalanan pilihan bagi pelancong yang inginkan pengalaman perjalanan yang lengkap.”

Antara ciri-ciri platform tersebut termasuklah:

  • Pengalaman perjalanan yang lebih peribadi. Menggunakan data tempahan dan tingkah laku pelancong seperti carian terkini dan maklumat destinasi, laman baharu ini akan menawarkan tempahan hotel, lawatan dan aktiviti pada harga diskaun, seterusnya memberi peluang untuk para tetamu untuk menempah lebih daripada sekadar penerbangan di airasia.com

  • Diskaun sehingga 60 peratus untuk hotel dan penginapan. Dengan lebih daripada 500,000 penyedia hotel dan penginapan yang tersedia, para pengguna boleh menikmati penjimatan sehingga 60 peratus untuk hotel terpilih di seluruh dunia.

  • Memudahkan perancangan perjalanan. Dengan akses kepada lebih daripada 15,000 pengalaman unik di lebih dari 80 destinasi di seluruh Asia Pasifik, aktiviti seperti makan dan minum, tempahan spa, tiket lawatan dan tarikan akan disediakan pada harga eksklusif atau diskaun, justeru memudahkan para tetamu untuk merancang percutian yang sempurna.

  • Kumpul dan bayar dengan Mata Ganjaran AirAsia BIG. Para tetamu yang menempah tawaran di airasia.com boleh mengumpul Mata Ganjaran AirAsia BIG untuk setiap transaksi. Ganjaran tersebut pula boleh digunakan untuk membuat pembayaran di airasia.com seterusnya memberikan lebih penjimatan bagi kos penerbangan dan aktiviti.

Untuk meraikan pengenalan tawaran di airasia.com, para tetamu boleh menempah menggunakan kod promosi APRLAUNCH untuk menikmati diskaun sebanyak 15 peratus untuk semua aktiviti, dan tambahan 5 peratus untuk harga hotel yang telah dikurangkan.*

* Promosi ini sah untuk tiga hari sahaja dari 2-4 April 2019 untuk tempoh perjalanan dari sekarang hingga 31 Disember 2019. Untuk terma dan syarat lengkap layari airasiago.com.my/g/rf/coupon-terms-5