airasia academy lancar kempen ‘Take Me to Korea’

Sertai Nura Ezzatie dalam menyelami keindahan Bahasa Korea dan berpeluang untuk terbang ke negara “Land of Morning Calm” melalui siri kandungan Essential Korean Series hanya di airasia academy


KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2023 – airasia academy,
platform edutek Capital A, hari ini mengumumkan pelancaran kempen “Take Me to Korea”, satu kempen untuk menguasai bahasa Korea bersama Nura Ezzatie, seorang pempengaruh ‘K-Community’ yang disegani dan kandungan bahasa terbaharunya iaitu Essential Korean Expressions.

Siri Essential Korean Expressions yang terdiri daripada empat episod yang menarik telah membuat kemunculan pertamanya pada 15 Ogos yang lau dan telah sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan Pembelajaran Atas Permintaan (ODL) airasia academy yang teruja untuk menyelami budaya Korea dengan lebih mendalam. Program ini bakal menyediakan para pelajar dengan pemahaman ungkapan asas Korea, daripada pengenalan diri kepada frasa penting yang biasa digunakan semasa melancong di Korea Selatan.

Menampilkan Nura Ezzatie, seorang pempengaruh ‘K-community’ yang dihormati, merangkap penutur Bahasa Korea dimana beliau telah mempelajari bahasa tersebut secara sendiri dan juga seorang pendidik, beliau telah memikat para pengikutnya di platform media sosial seperti TikTok dan Instagram dengan kandungan kreatif mengenai Bahasa Korea. Kini, Nura bukan sahaja seorang guru bahasa Korea dengan pengikut melebihi 189,000 di TikTok tetapi juga seorang guru Bahasa Korea di sebuah sekolah tempatan. Perjalanan beliau dalam menguasai Bahasa Korea telah mencerminkan semangat pembelajaran berterusan, nilai yang dititik beratkan serta dipromosikan oleh airasia academy.

Aireen Omar, Presiden (Pelaburan & Usahaniaga) Capital A, dan Ketua Pegawai Eksekutif airasia academy berkata: “Bahasa ialah sebuah alat yang bukan sahaja menghubungkan budaya tetapi juga membuka peluang dan pencapaian baharu. Kisah Nura Ezzatie adalah bukti potensi yang ada dalam diri setiap daripada kita untuk belajar dan berkembang, dan kami sangat teruja apabila beliau bersama kami dalam menyokong inisiatif yang menarik ini. Kempen 'Take Me to Korea' adalah satu penghormatan kepada pendidikan, dedikasi dan pencapaian, di samping pelancaran kempen ini bertepatan dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang dimana kita dapat meraikan perpaduan dalam kepelbagaian di Malaysia. Kami berterima kasih kepada AirAsia X dan IKHLAS, serta Tune Protect kerana menyertai kempen ini, kerana tanpa sokongan besar mereka, kempen ini tidak akan dapat dilaksanakan.”


Mereka yang berminat untuk mempelajari Bahasa Korea kini tidak perlu risau lagi.  Dua episod pertama Essential Korean Expressions kini boleh ditonton di airasiaacademy.com. Selami dan pelajari asas-asas Bahasa Korea yang akan memberikan anda pengalaman yang menyeluruh dalam menguasai bahasa tersebut. Dua episod terakhir siri ini bakal ditayangkan  pada bulan September, jadi nantikan.

Belajar dan Menang* percutian ke Korea bersama airasia academy!

Sebagai sebahagian daripada pengalaman pembelajaran yang mengasyikkan ini, pelanggan siri Essential Korean Expressions airasia academy akan berpeluang memenangi percutian impian ke Seoul atau Busan, Korea Selatan!

Hadiah untuk dimenangi termasuk:

  • Pakej 2 orang ke Seoul oleh IKHLAS Travel bersama dengan insurans perjalanan yang ditaja oleh AirAsia Travel Insurance.

  • 2 tiket ke Seoul oleh AirAsia X berserta insurans perjalanan yang ditaja oleh AirAsia Travel Insurance.

  • 2 tiket ke Busan oleh AirAsia X berserta insurans perjalanan tajaan oleh AirAsia Travel Insurance.

Tempoh Peraduan: 24 Ogos - 8 September 2023

Begini cara pelanggan boleh mengambil peluang untuk memenangi hadiah tersebut:

Langkah 1: Langgan ODL di airasia academy.

Langkah 2: Gunakan kod 'TAKEMETOKOREA' semasa pembayaran.

Langkah 3: Tonton 2 episod Essential Korean Expressions.

Langkah 4: Ikuti sesi Instagram LIVE pada 9 September dan bersedia untuk menjawab soalan mudah untuk berpeluang memenangi hadiah utama!

Pelanggan baharu yang berminat untuk menyertai pengembaraan dan berminat untuk mempelajari Bahasa Korea boleh layari airasiaacademy.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Dengan rangkaian luas yang menghubungkan Asean ke Korea Selatan, AirAsia X menawarkan ketersambungan yang lancar ke bandar-bandar dinamik Seoul dan Busan. IKHLAS Travel akan memastikan setiap keperluan percutian serta perjalanan para tetamu dilindungi, dan untuk perlindungan perubatan yang komprehensif serta perlindungan sekiranya berlaku kelewatan penerbangan dan kerosakan bagasi, AirAsia Travel Insurance manawarkan insurans perlindungan komprehensif pada harga mesra poket RM14 setiap perjalanan. Temui keindahan tanah air Hallyu dengan penerbangan dan pakej pelancongan mampu milik yang membolehkan anda meneroka dan menikmati pengalaman Korea yang terbaik.

*Tertakluk kepada terma dan syarat


*** TAMAT ***

About airasia academy

airasia academy is the region’s fastest growing one-stop edutech platform that provides a comprehensive ecosystem to fulfil the education and employment needs of all learners, making them more competitive, marketable and adaptable for future industrial revolutions. Its offerings include affordable, accessible and inclusive On-Demand Learning (ODL), accredited Instructor-Led Training (ILT) for in-demand tech courses such as Digital Marketing, Cloud Infrastructure, Data Analytics, Software Engineering and Cybersecurity to the Learning Management System (LMS) which streamlines and elevates the learners journey as well as Job Placement service for its job-ready graduates.