AirAsia Newsroom

View Original

airasia’s Santan kembali meriahkan sambutan Merdeka dengan aiskrim Nasi Lemak, perkenal perisa Boba Gula Melaka baharu

Nikmati dua perisa pencuci mulut baharu unik yang dicipta dengan semangat patriotik

Kuala Lumpur, 26 Ogos 2022 - Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-65, airasia’s Santan kembali membawakan aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser yang popular serta memperkenalkan perisa Boba Gula Melaka yang sinonim dengan rasa Malaysia.

Santan, terkenal dengan menu nasi lemaknya terutama di dalam penerbangan Airasia, bakal menyajikan pengalaman baharu buat para penggemar pencuci mulut dengan menyajikan dua pencuci mulut baharu pada menu mereka yang dicipta dengan semangat patriotik sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini. Aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser menawarkan aiskrim berperisa santan yang lemak berkrim, dihidangkan bersama-sama sambal istimewa Pak Nasser dan ikan bilis dan kacang tanah yang rangup.

Santan melancarkan aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser buat pertama kali pada tahun 2020, di mana ia telah mendapat perhatian para penggemar nasi lemak untuk mencuba hidangan unik itu. Kini, Santan telah menaik taraf resipinya menjadikan hidangan tersebut lebih enak.

Catherine Goh, Pengurus Besar airasia’s Santan berkata: “Nasi lemak adalah hidangan kegemaran rakyat Malaysia dan merupakan antara hidangan yang melambangkan keindahan budaya negara kita. Kami ingin menyajikan hidangan kebangsaan ini dengan sedikit kelainan dengan sentuhan manisan klasik. Dengan setiap suapan, anda akan dapat merasai adunan istimewa aiskrim berperisa santan, dicampur pula dengan keunikan rasa sambal istimewa kami. Aiskrim berperisa Boba Gula Melaka baharu kami juga diperbuat daripada aiskrim yang sama dengan sos gula melaka premium dan boba yang dibuat sendiri. Kami berharap rakyat Malaysia boleh mencuba sendiri pencuci mulut ini yang sempurna untuk semua hidangan.

“Nasi Lemak Pak Nasser oleh Santan juga merupakan antara hidangan nasi lemak yang paling banyak terjual di Malaysia, dengan purata 5,000 paket dijual sehari, baik di restoran mahupun di dalam penerbangan kami. Misi kami adalah untuk terus berinovasi dan menyediakan hidangan yang mampu milik dan enak kepada semua. Justeru, kami melancarkan semula aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser di atas permintaan ramai dan memperkenalkan perisa baharu yang pasti bakal mendapat sambutan baik.”

Pada bulan Julai lalu, Santan telah memperkenalkan pembungkusan baharu yang mudah untuk Nasi Lemak Pak Nasser. Digelar sebagai 'Nasi Lemak On-The-Go', paket berbentuk segitiga piramid yang mudah dipegang itu membolehkan para penggemar makanan yang sibuk untuk menjamah hidangan kegemaran mereka pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser dan aiskrim Boba Gula Melaka dihidangkan di dalam satu cawan pada harga mampu milik iaitu RM4.50 setiap satu, tersedia secara eksklusif di sembilan buah Restoran Santan dan tiga Kafe Santan bermula 24 Ogos 2022 sehingga penghujung bulan September 2022. Mulai sekarang sehingga 16 September 2022, pelanggan Santan juga dapat menikmati kombo ‘65 Merdeka Special’ iaitu satu hidangan Nasi Lemak On-The-Go, segelas minuman Pandan Cooler dan satu hidangan aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser atau aiskrim Boba Gula Melaka dengan harga RM6.50 sahaja.

Sejak pembukaan restoran pertamanya pada tahun 2019, Santan kini mempunyai 11 cawangan di seluruh Lembah Klang. Pelanggan boleh berkunjung ke restoran Santan yang terletak di AEON Shah Alam, IOI Mall Puchong, KL East Mall, Kompleks PKNS Shah Alam, NU Sentral, Setia City Mall, Sunway Pyramid dan RedQ (ibu pejabat AirAsia), manakala Kafe Santan airasia terletak di The Gardens MidValley, RedQ dan RedStation (ibu pejabat airasia Super App) di KL Sentral.

Semua hidangan Santan disahkan Halal, dihasilkan dan dibungkus secara bersih mengikut keperluan keselamatan makanan yang ketat. Ia juga boleh ditempah melalui ikon “Food” di aplikasi airasia Super App atau laman web airasia.com/food serta platform penghantaran lain.

Untuk berita terkini, aktiviti dan promosi, ikuti Santan di TikTok, Instagram (@santan.asean) dan Facebook (facebook.com/santan.airasia).