AirAsia Newsroom

View Original

airasia.com lancar aplikasi super Asean untuk semua

KUALA LUMPUR, 8 Oktober 2020 - airasia.com hari ini melancarkan identiti baharu sebagai sebuah aplikasi super Asean, melengkapkan transformasi AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan digital kepada platform gaya hidup yang komprehensif untuk semua.

Sebagai permulaan era baharu Kumpulan AirAsia, aplikasi super airasia.com menawarkan pengalaman pengguna yang lebih mudah, pantas dan lancar untuk mengakses lebih daripada 15 jenis produk dan perkhidmatan di bawah tiga kategori utama: perjalanan, e-dagang dan teknologi kewangan. 

Untuk meraikan kejayaan ini, airasia.com memperkenalkan jualan airasia.com Super Sale yang pertama untuk menggantikan jualan Tempat Duduk Percuma AirAsia yang popular sebelum ini. Jualan terbesar di rantau ini akan berlangsung bermula 12 Oktober (10:00, GMT +8) hingga 18 Oktober 2020 dengan diskaun hingga 90% dalam semua kategori produk di aplikasi super airasia.com dan laman airasia.com.

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia berkata, “AirAsia adalah sebuah syarikat untuk semua. Kami telah merevolusikan industri penerbangan sejak 19 tahun yang lalu dan telah merealisasikan impian berjuta-juta orang untuk terbang. Kami berbangga untuk menjadi peneraju dalam menghubungkan rantau Asean, menawarkan nilai, kemudahan dan keterangkuman untuk semua. Kini dengan airasia.com, kami bukan sahaja menawarkan penerbangan, malah penginapan, beli-belah, makanan, dan banyak lagi semuanya dalam satu aplikasi super. Kami tidak mensia-siakan krisis ini, sebaliknya mencari peluang untuk menaik taraf platform kami, pengalaman pengguna, dan kemudahan pembayaran dengan satu klik sahaja. Pengembangan perniagaan digital juga membolehkan kami menawarkan pelbagai produk di airasia.com daripada penerbangan hingga gaya hidup. Seperti AirAsia, airasia.com akan menjadi sebuah jenama aplikasi super Asean terbaik untuk melengkapi perjalanan anda. Saya tidak sabar untuk melihat semua orang menggunakan airasia.com dan menikmati tawaran sepenuhnya apabila kita boleh kembali melakukan perjalanan.”

Karen Chan, Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com berkata: “Pelancaran aplikasi super airasia.com adalah bukti budaya inovasi berterusan airasia dan dorongan kami untuk memberikan nilai terbaik kepada para pelanggan. Dalam era baharu pasca-COVID-19 ini, kami memahami keperluan fleksibiliti perjalanan, justeru kami melancarkan Pas Tanpa Had AirAsia yang inovatif dengan menawarkan pas penerbangan yang boleh ditebus kemudian dan ia telah menjadi ikutan pemain industri lain. Kami turut memahami keinginan para pelanggan untuk melancong dan telah melancarkan SNAP, pakej penerbangan dan hotel dengan harga terbaik. Selain itu, para pelanggan juga ingin berbelanja dengan selesa dari rumah, oleh itu kami menawarkan penghantaran ke rumah untuk produk makanan dan barangan bebas cukai.

“airasia.com bukan sahaja menghubungkan para pelanggan ke destinasi mereka, malah menghubungkan mereka dengan komuniti pelancongan, pencinta makanan dan memupuk perdagangan berasaskan sosial. Aplikasi super kami kini menawarkan pengalaman pengguna yang lebih lancar yang membolehkan mereka membayar dengan BIG Poin untuk pelbagai produk dan membuat pembayaran dengan hanya satu klik.”

Nikmati diskaun hingga 90% untuk pakej SNAP (penerbangan dan hotel) daripada RM88 seorang; diskaun hingga 90% untuk membeli-belah di airasia shop; diskaun hingga 50% untuk pelbagai makanan di airasia food (sebelum ini dikenali sebagai OURFOOD) dan airasia fresh (sebelum ini dikenali sebagai OURSHOP); diskaun hingga 50% untuk semua penerbangan domestik di Malaysia dan 10% untuk syarikat penerbangan lain ke lebih 3,000 destinasi di seluruh dunia;  diskaun hingga 30% untuk pelbagai aktiviti; diskaun hingga 20% untuk hotel; diskaun 20% untuk Promosi Tanpa Had dan banyak lagi. Istimewa untuk pelanggan Muslim, nikmati diskaun 10% untuk perkhidmatan Aqiqah Antarabangsa dan Aqiqah Mekah menerusi IKHLAS

Para pengguna juga boleh mengumpul BIG Poin* sebanyak dua kali ganda dalam tempoh jualan ini, dan membayar menggunakan BIG Poin untuk pembelian yang dibuat di airasia.com. Pengguna BigPay pula boleh membuat pembayaran dengan lancar dengan ciri ‘One-Click’ menggunakan kad BigPay. Pemegang kad Visa pula boleh menikmati lebih penjimatan selaku rakan jualan airasia.com Super Sale.

Kini, semua orang boleh melakukan perjalanan, menikmati pelbagai pengalaman seperti membeli-belah, makan, mengumpul ganjaran dan banyak lagi dengan aplikasi super airasia.com baharu. Daripada keperluan perjalanan hingga keperluan gaya hidup seharian, semuanya tersedia di hujung jari anda.

Untuk berita, aktiviti dan promosi terkini airasia.com, ikuti airasia di Twitter (twitter.com/airasia), Facebook (facebook.com/airasia) dan Instagram (instagram.com/airasia).

*Pembayaran melalui BIG Poin tidak tersedia untuk pembelian Insuran, produk Kesihatan dan penerbangan selain-AirAsia.

Mengenai airasia.com

airasia.com is a one-stop travel, e-commerce and fintech platform offering consumers over 15 lines of products online and via its super-app. Powered by data and technology, airasia.com leverages on its digital ecosystem of 75 million users and 40 million downloads of its super-app to generate personalised and seamless consumer experience in the digital new era. From travel needs to everyday lifestyle essentials, there is always something for everyone on airasia.com.




Kenyataan Gambar: [Empat dari kanan] Karen Chan, Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com bersama-sama pihak pengurusan airasia.com.