AirAsia X sambung semula laluan Kuala Lumpur ke Changsha, ibu kota dan bandar terbesar di Wilayah Hunan

SEPANG, 9 April 2024 - AirAsia X (AAX) hari ini mengumumkan penyambungan semula laluan antara Kuala Lumpur dan Changsha, seterusnya memperkukuh lagi komitmennya dalam memperluas rangkaian di China selepas pelancaran penerbangan pertamanya ke Xi'an baru-baru ini.

Mulai 5 Julai 2024, para pengembara kini boleh terbang secara terus ke Changsha yang merupakan ibu kota dan bandar terbesar di Wilayah Hunan dengan empat penerbangan mingguan. Sebagai salah satu daripada bandar-bandar budaya di China yang kaya dengan warisan, termasuk tapak Warisan Dunia UNESCO terkenal iaitu Wu Ling Yuan (Zhangjiajie) iaitu lokasi penggambaran filem Avatar, laluan ini dijangka akan menjadi salah satu laluan popular dan akan terus berkembang pada masa hadapan. Changsha juga telah meraih beberapa pengiktirafan seperti "Bandar Pelancongan Terbaik China" dan "Ibu Kota Seni Media Dunia" dan "Bandar Budaya Asia Timur".

Changsha menandakan laluan terus keenam AAX ke China, melengkapkan rangkaian luas AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) dengan 12 destinasi di Tanah Besar China termasuk Guangzhou, Kunming, Guilin, Nanning, Quanzhou, Shantou, Shenzhen, Wuhan, Taipei, Kaohsiung, Macao dan Hong Kong.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata: "China sentiasa menjadi salah satu pasaran paling popular kami dan yang semakin berkembang. Pengumuman hari ini memperkukuh lagi kedudukan kami di salah satu negara terbesar di dunia, di mana kami kekal sebagai pengendali syarikat penerbangan tambang rendah asing terbesar. Pada tahun 2019, kami telah menerbangkan lebih 140,000 para tetamu ke/dari Changsha, sekaligus membuktikan permintaan kukuh terhadap laluan ini. Berikutan peningkatan permintaan, kami komited untuk terus menyokong inisiatif kerajaan bagi mencapai sasaran ketibaan pelancong antarabangsa sebanyak 27 juta pada tahun ini. Kami akan terus berusaha untuk memperluaskan rangkaian kami, bukan sehaja untuk mengekalkan Kumpulan AirAsia sebagai pengendali syarikat penerbangan tambang rendah asing terbesar mengikut kapasiti, malah membolehkan AAX untuk merangsang dan menjadikan perjalanan udara lebih berpatutan untuk semua.”

Bagi meraikan pencapaian ini, AAX menawarkan tambang promosi dari Kuala Lumpur ke Changsha daripada RM388 termasuk semua* sehala. Tambang promosi ini menawarkan peluang kepada para tetamu untuk meneroka keunikan bandar ini dengan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan. Semua penerbangan kini tersedia untuk tempahan mulai hari ini hingga 21 April 2024, untuk tempoh perjalanan antara 5 Julai 2024 dan 26 Oktober 2024 di airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai airasia Superapp).

Rakyat Malaysia kini boleh memasuki negara China tanpa visa bagi tujuan pelancongan selama 15 hari sehingga 30 November 2024.

Jadual penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Changsha (CSX):

*Tambang promosi termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, caj bahan api dan caj lain yang berkenaan.Tertakluk pada terma dan syarat lain.