AirAsia X rai penyambungan semula laluan Xi'an-Kuala Lumpur

XI’AN, 17 April 2024 - AirAsia X (AAX) hari ini secara rasminya meraikan penyambungan semula laluan Xi’an-Kuala Lumpur dengan penerbangan D7 347 yang berlepas pada 5 April 2024. Xi’an adalah laluan terus kelima ke China menjadikan AAX sebagai satu-satunya syarikat penerbangan yang menghubungkan ibu negeri Wilayah Shaanxi di China dengan ibu negara Malaysia.

Xi’an merupakan pasaran penting dalam rangkaian AAX di China. Sejak pelancaran pertamanya pada tahun 2014, AAX telah menerbangkan lebih dari sejuta tetamu melalui laluan ini, membuktikan kepentingannya dalam pengembangan rangkaian AAX. Sejak laluan itu dilancarkan semula baru-baru ini, AAX telah menjual hampir 7,000 tempat duduk bagi penerbangan pergi balik. Hampir semua penerbangan antara Xi’an dan Kuala Lumpur mencapai lebih 80 peratus muatan penumpang sejak ia dilancarkan semula dan AAX menjangka peningkatan permintaan bagi laluan ini sehingga 10,000 tempat duduk dalam beberapa bulan akan datang.

Sebagai kumpulan syarikat penerbangan tambang rendah asing terbesar di China, AirAsia terus komited untuk meningkatkan kesalinghubungan antara Malaysia dan China. Dengan penambahan tiga penerbangan mingguan ke Xi’an, AAX kini mengendalikan 37 penerbangan mingguan dengan enam laluan secara keseluruhan ke China.

Konsulat Jeneral Malaysia di Xi'an, Lum Wan Liang berkata: "Penyambungan semula perkhidmatan AAX bagi laluan Xi’an-Kuala Lumpur merupakan kejayaan penting bukan sahaja bagi syarikat penerbangan ini malah terhadap hubungan Malaysia-China. Ini merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua negara, terutamanya dalam meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China pada tahun ini. Penyambungan perkhidmatan ini juga dijangka akan memacu peningkatkan peluang pelancongan dan perdagangan, selain menyokong inisiatif perjalanan tanpa visa oleh kerajaan. Kami juga berharap ia akan menyokong sasaran kerajaan Malaysia untuk menyambut lima juta pelancong dari China pada tahun 2024.”

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata: "Pelancaran semula laluan ini bukan hanya membolehkan para pengembara dari China dan Malaysia untuk menerokai bandar-bandar ini dengan lebih nilai malah merupakan bukti komitmen kami untuk terus berkembang di pasaran China. Kejayaan penerbangan sulung kami dari Kuala Lumpur pada awal bulan ini dengan muatan penumpang sebanyak 100 peratus adalah bukti kukuh terhadap permintaan laluan ini. Kami menjangka akan terus mengembangkan kehadiran di China dan penyambungan semula operasi ini akan memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara ini. Pada masa kini, AAX mengendalikan enam penerbangan secara terus ke China termasuk laluan ke Changsha yang dilancarkan pada minggu lepas. Kami berharap dapat membawa lebih ramai pelancong dari China ke Malaysia dan sebaliknya pada tahun ini.”

Timbalan Pengurus Kumpulan Lapangan Terbang China Barat, Tang Tao, berkata: "Sebagai salah satu jenama penerbangan yang dikenali ramai, AirAsia memainkan peranan penting terhadap Kumpulan Lapangan Terbang Barat dan Lapangan Terbang Xi'an. Pelancaran semula laluan Xi’an-Kuala Lumpur membuktikan kedudukan kukuh kami, dengan Kumpulan Lapangan Terbang China Barat komited untuk memperkukuhkan kerjasama bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik dan memberikan sokongan penuh untuk pertumbuhan AirAsia di wilayah Shaanxi. Kami akan terus berusaha dalam memacu pembangunan hab penerbangan antarabangsa Xi'an.”

Bagi meraikan penyambungan semula laluan ini, AAX menawarkan tambang promosi untuk tempoh terhad dari Xi'an ke Kuala Lumpur bermula daripada CNY288* sehala. Penerbangan boleh ditempah mulai hari ini sehingga 19 April 2024 untuk perjalanan segera sehingga 25 Oktober 2024 manakala untuk para tetamu yang terbang dari Kuala Lumpur ke Xi'an, tambang promosi bermula daripada RM257* sehala. Tempah mulai hari ini sehingga 21 April 2024, untuk perjalanan segera sehingga 31 Mac 2025.

Para tetamu yang melancong dari Xi'an juga boleh boleh menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab transit untuk meneroka destinasi-destinasi menarik lain seperti Chiang Mai, Singapura, Lombok dan banyak lagi, bermula daripada CNY155* sehala.

Para tetamu juga boleh menikmati diskaun 50 peratus** untuk tempahan Fast Pass yang menawarkan ciri-ciri keutamaan daftar masuk, tambahan 7kg bagasi kabin dan tawaran menarik yang lain. Tawaran ini hanya tersedia selama tiga hari bermula hari ini untuk perjalanan mulai sekarang hingga 25 Oktober 2024.

Semua promosi ini boleh didapati di airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai airasia Superapp).

*Tambang promosi ASAS ini adalah untuk perjalanan sehala sahaja dan tidak termasuk cukai lapangan terbang, caj bahan api dan yuran yang terpakai lain. Tertakluk pada terma dan syarat lain.

**Diskaun hanya terpakai semasa tempahan awal. Sila rujuk laman web untuk nilai promosi. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.