AirAsia X perluas rangkaian di Asia Tengah dengan pelancaran laluan baharu ke Tashkent, Uzbekistan

SEPANG, 23 Jun 2025 — AirAsia X (AAX) hari ini meraikan perkembangan rangkaianya di Asia Tengah dengan pengumuman laluan baharu ke Tashkent, Uzbekistan bermula pada 15 Oktober 2025 dengan kekerapan tiga kali seminggu.

Susulan penerbangan AAX ke rantau ini melalui Almaty, Kazakhstan pada awal tahun 2024 dengan faktor muatan yang konsisten serta peningkatan kekerapan penerbangan, laluan ke Tashkent ini bertujuan untuk terus memudahkan perjalanan udara antara Asia Tenggara dan Asia Tengah, sekali gus memperkukuh hubungan perdagangan, pelancongan dan perniagaan. Pengumuman laluan baharu ini juga membolehkan lebih ramai pelancong dari ASEAN serta Australia menerokai Uzbekistan dengan tambang mampu milik melalui perkhidmatan Fly-Thru yang lancar merangkumi lebih 130 destinasi di seluruh dunia.

Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X berkata: “Pelancaran laluan Kuala Lumpur- Tashkent merupakan satu pencapaian strategik dalam usaha berterusan AAX untuk berkembang di seluruh Asia dan seterusnya. Asia Tengah mempunyai potensi besar dengan ekonomi Uzbekistan yang terus berkembang pesat serta golongan pertengahan semakin meningkat dan berminat untuk meneroka destinasi baharu. Kami telah menyaksikan peningkatan ketara dalam permintaan pelancongan ke Asia Tengah susulan pencapaian menakjubkan terhadap laluan ke Almaty. Visi kami adalah untuk menawarkan rangkaian menyeluruh bagi menyokong pembangunan serantau serta menghubungkan para pengembara ke destinasi baharu sambil mencipta pengalaman perjalanan yang tidak dapat dilupakan.”

Tuan Yang Terutama Karomidin Gadoev, Duta Besar Uzbekistan ke Malaysia berkata: “Permulaan penerbangan terus oleh AAX antara dua bandar utama ini merupakan satu perkembangan penting dalam hubungan Uzbekistan-Malaysia. Dengan sektor pelancongan Uzbekistan yang berkembang pesat dan kedudukan kukuh Malaysia sebagai hab pelancongan dan perniagaan di Asia Tenggara, laluan ini akan meningkatkan lagi kesalinghungan, merancakkan pertukaran pelancongan, serta menawarkan peluang baharu untuk pelaburan. Kami amat berbesar hati menyambut kehadiran AAX ke pasaran yang berpotensi ini dan berharap kerjasama ini akan memberikan hasil positif.”

Para pelancong kini dapat menikmati keindahan Tashkent dengan tambang promosi bermula daripada RM99 termasuk semua* sehala untuk tempat duduk ekonomi, bermula dari 23 Jun 2025 hingga 29 Jun 2025 bagi tempoh perjalanan antara 15 Oktober 2025 hingga 14 September 2026. Tambang istimewa ini tertakluk kepada ketersediaan, manakala tambang seterusnya bermula daripada RM899 termasuk semua** sehala.

Terletak di tengah-tengah Uzbekistan, ibu kota Tashkent merupakan sebuah bandar pesat membangun dan terkenal dengan seni bina Islam yang memukau, bazar yang meriah serta taman-taman hijau yang indah. Tashkent menawarkan pelbagai peluang menarik buat para pengembara merentasi keindahan jalur sutera bersejarah dan mengagumi keindahan monumen-monumen tersegam indah. Sebagai bandar terbesar dan pusat ekonomi negara, Tashkent menampilkan sektor pelancongan yang semakin berkembang serta peluang perniagaan meluas, menjadikannya destinasi pilihan popular untuk tujuan percutian dan juga urusan perniagaan.

*Tambang pengenalan termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja dan termasuk cukai lapangan terbang, yuran kawal selia, caj bahan api, cukai berkaitan dan yuran yang dikenakan. Tempat duduk adalah terhad dan berdasarkan tempahan terdahulu bermula 23 Jun 2025. Hanya untuk penerbangan yang berlepas dari Kuala Lumpur, Malaysia. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.

**Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja dan termasuk cukai lapangan terbang, yuran kawal selia, caj bahan api, cukai berkaitan dan yuran yang dikenakan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.