AirAsia X lancar laluan baharu ke Uzbekistan, buka peluang pengembaraan baharu ke Asia Tengah untuk rakyat Singapura melalui Kuala Lumpur

SINGAPURA, 23 Jun 2025 – AirAsia X (AAX) hari ini rai peningkatan laluan kei Asia Tengah melalui pengunguman laluan baharu ke Asia Tengah ke Tashkent, Uzbekistan, membuka pintu kepada lebih banyak peluang pengembaraan ke Asia Tengah selepas Almaty, Kazakhstan bagi rakyat Singapura boleh menggunakan perkhidmatan Fly-Thru melalui Kuala Lumpur.

Bermula 15 Oktober 2025, AAX akan beroperasi tiga kali seminggu menerusi Kuala Lumpur ke Tashkent. Para pelancong dari Singapura boleh mengakses laluan ini dengan mudah melalui 11 penerbangan harian dari Singapura ke Kuala Lumpur, dan memilih tempoh transit mengikut kesesuaian.

Kemasukan AAX ke rantau ini menerusi Almaty, Kazakhstan pada awal tahun 2024 yang mencatatkan faktor muatan yang kukuh dan peningkatan kekerapan penerbangan, laluan ke Tashkent ini bertujuan untuk terus memudahkan perjalanan udara antara Asia Tenggara dan Asia Tengah, sambil mengukuhkan hubungan perdagangan, pelancongan dan perniagaan antara kedua-dua rantau. Sambungan ini turut membolehkan lebih ramai pelancong dari ASEAN dan Australia untuk meneroka Uzbekistan dengan harga berpatutan menerusi sambungan Fly-Thru AirAsia yang merangkumi lebih 130 destinasi di seluruh dunia.

Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X berkata:

"Pelancaran laluan Kuala Lumpur–Tashkent ini merupakan satu pencapaian dalam pengembangan AAX di seluruh rantau Asia. Asia Tengah mempunyai potensi besar, dengan ekonomi Uzbekistan yang semakin berkembang dan kelas pertengahan yang semakin meningkat dan ingin meneroka destinasi baharu. Kami telah menyaksikan permintaan kukuh terhadap Asia Tengah sejak kejayaan laluan Almaty, dan visi kami adalah untuk membina rangkaian menyeluruh yang menyokong pembangunan serantau sambil menghubungkan orang ramai ke destinasi yang kurang diterokai, serta mencipta pengalaman perjalanan yang tidak dapat dilupakan.  Setakat Mei tahun ini, Almaty telah menjadi salah satu destinasi Fly-Thru utama dari Singapura,  menjadikan 10 peratus daripada jumlah keseluruhan muatan penumpang.

TYT Encik Karomidin Gadoev, Duta Uzbekistan ke Malaysia berkata:"Permulaan penerbangan terus oleh AAX antara dua bandar utama ini merupakan satu perkembangan penting dalam hubungan Uzbekistan–Malaysia. Dengan sektor pelancongan Uzbekistan yang berkembang pesat dan Malaysia sebagai hab pelancongan dan perniagaan di Asia Tenggara, laluan ini bakal meningkatkan keterhubungan, menggalakkan pertukaran pelancongan, dan membuka peluang pelaburan baharu. Kami amat mengalu-alukan kehadiran AAX di pasaran yang menjanjikan ini dan menantikan kerjasama yang berjaya."

AAX mengembangkan rangkaian ke Asia Tengah, membuka lebih banyak peluang menggembara untuk rakyat Singapura meneroka keindahan kota Uzbekistan, syarikat ini menawarakan tawaran istimewa untuk penerbangan dari Singapura ke Tashkent melalui perkhidmatan Fly-Thru dari Kuala Lumpur, serendah SGD391* sehala. Promosi penerbangan boleh ditempah melalui AirAsia Move app dan airasia.com. Mulai hari ini sehingga 6 Julai 2025, untuk tempoh perjalanan dari 15 Oktober 2025 sehingga 14 September 2026.

Terletak di tengah-tengah Uzbekistan, ibu negaranya Tashkent merupakan sebuah bandar yang maju dan terkenal dengan seni bina Islam yang menakjubkan, bazar yang menarik dan taman yang indah. Nikmati keindahan laluan Sutera yang bersejarah serta keagungan monumen purba yang mengagumkan. Sebagai pusat ekonomi dan bandar terbesar di negara ini, Tashkent kini semakin popular dalam kalangan pelancong dan ahli perniagaan.

Jadual Penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Tashkent (TAS):

*Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala dan merangkumi caj perkhidmatan penumpang, caj pengawalseliaan, surcaj bahan api dan yuran lain yang berkaitan. Tertakluk kepada terma dan syarat.