AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia tambah penerbangan dari Kota Kinabalu ke Singapura

SEPANG, 18 Jun 2018 - AirAsia akan menggandakan jumlah penerbangan antara Kota Kinabalu dan Singapura kepada 14 penerbangan mingguan bermula 1 Ogos 2018.

Kekerapan penerbangan tambahan tersebut dijangka akan memacu hubungan udara antara kedua-dua bandar tersebut, selari dengan komitmen AirAsia untuk merapatkan jurang di Asean.

Ketua Komersial AirAsia Malaysia Spencer Lee berkata, “Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, AirAsia kini akan mengendalikan perkhidmatan sebanyak dua kali sehari dari Kota Kinabalu ke Singapura. Peningkatan penerbangan ini membolehkan kami menawarkan lebih banyak pilihan kepada tetamu kami sama ada yang melancong untuk perniagaan atau percutian.”

Untuk meraikan penambahan penerbangan tersebut, AirAsia menawarkan promosi tambang termasuk semua daripada RM148* sehala dari Kota Kinabalu ke Singapura. Tempahan boleh dibuat di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari sekarang hingga 23 Jun 2018 untuk tempoh perjalanan antara sekarang dan 31 Januari 2019.

AirAsia kini menghubungkan lapan laluan domestik dari Kota Kinabalu - Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang, Kuching, Miri, Sandakan dan Tawau. Syarikat penerbangan ini juga menghubungkan sembilan laluan antarabangsa dari Kota Kinabalu - Singapura, Hong Kong, Manila, Taipei, Guangzhou, Hangzhou, Wuhan, Shenzhen dan laluan terus terbaru kami ke Bangkok bermula 16 Ogos 2018.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Jaduan penerbangan untuk Kota Kinabalu, Malaysia (BKI) - Singapura (SIN)

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.