AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali ke-12 di Skytrax 2021

SEPANG, 29 September 2021 - AirAsia hari ini meraikan kemenangan anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik di Dunia buat kali ke-12 berturut-turut, seperti yang diumumkan di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2021 pada malam tadi. Kemenangan ini menyusul selepas syarikat penerbangn ini mendapat pengiktirafan teratas untuk Inovasi Perniagaan di Anugerah Strategi Penerbangan Flight Global 2021 pada hari Selasa. 

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group berkata: “Ini adalah satu penghormatan yang besar terutamanya berikutan keadaan yang amat mencabar dalam sejarah industri penerbangan komersial. 

“Sebagai sebuah jenama untuk semua yang menerbangkan tidak kira sesiapa sahaja dan memberikan keutamaan kepada kakitangannya, anugerah yang diterima selama 12 tahun berturut-turut ini amat istimewa kerana ia dinilai oleh berjuta-juta tetamu yang telah terbang bersama kami sebelum pandemik melanda pada bulan Mac 2020. 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur Skytrax yang terus mengutamakan pilihan pengguna sebagai penanda aras untuk anugerah ini.

“Apa yang telah kami capai selama 18 bulan lepas dalam tempoh sekatan perjalanan amat luar biasa. Kami telah mengubah AirAsia sebagai salah satu jenama syarikat penerbangan terkemuka di Asia menjadi aplikasi perjalanan dan gaya hidup sehenti yang menawarkan lebih daripada tawaran perjalanan udara, dan akan menjadikan kami kembali lebih kuat dalam dunia pasca-Covid. 

“Anugerah ini juga ditujukan khas kepada semua kakitangan kami iaitu Allstars di atas komitmen, ketekunan dan dedikasi mereka sepanjang pandemik ini serta tidak mudah mengalah apabila berdepan dengan pelbagai krisis seperti ini.

“Dengan kadar vaksinasi di semua pasaran utama kami yang terus meningkat, kami tentunya tidak sabar untuk kembali terbang tinggi, menawarkan nilai terbaik dan mengutamakan para tetamu di seluruh perkhidmatan kami.”  

Mengulas mengenai anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia, Edward Plaisted, Ketua Pegawai Eksekutif Skytrax berkata: “AirAsia tetap menjadi pilihan para penumpang dan dominasi berterusan syarikat penerbangan ini dalam kategori anugerah tersebut adalah pencapaian yang luar biasa dalam pasaran yang amat kompetitif ini.”

Anugerah untuk tahun 2021 ini adalah berdasarkan tinjauan yang dibuat ke atas 13.42 juta peserta dari lebih 100 negara, dengan 88% daripadanya didaftarkan hingga bulan Mac 2020 iaitu sebelum pandemik bermula.  

Untuk berita, aktiviti dan promosi terkini AirAsia, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/airasia), Facebook (facebook.com/airasiasuperapp) dan Instagram (instagram.com/airasiasuperapp).