AirAsia rai Tahun Baru Cina dengan perlepasan penerbangan tambang tetap istimewa
SEPANG, 27 Januari 2025 - AirAsia meraikan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba dengan majlis perlepasan istimewa untuk penerbangan tambang tetap AK 9155 telah pada 24 Januari 2025 dari Kuala Lumpur ke Kuching.
Majlis ini disertai oleh Datuk Kapten Chester Voo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Penerbangan) AirAsia Aviation Group yang telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 pada jam 10:20 malam pada hari Jumaat 24 Januari Dengan muatan penumpang yang mengagumkan sejumlah 100 peratus dan ketibaan di Kuching pada jam 12:10 pagi.
Selain itu, AirAsia turut mengadakan beberapa aktiviti sempena Tahun Baru Cina di KLIA Terminal 2 yang diketuai oleh Dato’ Fam Lee Ee, Pengerusi AirAsia X. Para tetamu telah diraikan dengan persembahan oleh AirAsia Fun Team dan pemberian cenderahati dan limau mandarin. AirAsia juga menawarkan penerbangan percuma dan barangan bebas cukai semasa majlis tersebut.
Para tetamu yang membuat perjalanan pada musim perayaan ini adalah digalakkan untuk mendaftar masuk secara kendiri melalui airasia.com atau aplikasi AirAsia MOVE, yang tersedia dari 14 hari sebelum tarikh berlepas dan menggunakan Pas Masuk Elektronik untuk menaiki penerbangan. Bagi pengalaman perjalanan yang lancar, para tetamu dinasihatkan untuk tiba awal di lapangan terbang. Kaunter daftar masuk bagasi dibuka tiga (3) jam sebelum berlepas untuk penerbangan antarabangsa dan dua (2) jam sebelum berlepas untuk penerbangan domestik.
AirAsia mengucapkan selamat jalan kepada semua tetamu yang akan bertemu semula dengan keluarga mereka dan orang tersayang sempena Tahun Baru Cina ini. Gong Xi Fa Cai!