AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia rai penerbangan pertama dari Kota Kinabalu ke Seoul

KOTA KINABALU, 4 Mac 2024 - AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) hari ini meraikan pencapaian hab kedua terbesarnya di Malaysia iaitu Kota Kinabalu dengan penerbangan pertama ke Seoul, Korea Selatan yang telah berlepas dengan muatan penumpang 100 peratus.

Bermula pada hari ini 4 Mac 2024 dengan kekerapan penerbangan harian, laluan baharu tersebut menandakan pengembangan rangkaian syarikat penerbangan ini di Sabah dengan 18 laluan dan 282 jumlah penerbangan mingguan ke dan dari Kota Kinabalu.

Penerbangan terus ini menjadikan perjalanan antara dua destinasi menarik ini lebih mudah untuk diakses dan berpatutan bagi penduduk Sabah untuk menerokai keunikan budaya di Seoul seperti Istana Gyeongbokgung dan Sungai Cheonggyecheon, mercu tanda ikonik termasuk Menara Lotte World dan Seoul Sky Observatory serta menikmati juadah tempatan enak di Pasar Mangwon dan banyak lagi

Penerbangan pertama ini diraikan dengan majlis perlepasan yang meriah oleh AirAsia dan Organisasi Pelancongan Korea dengan kehadiran maskot dan pemberian cenderamata kepada para tetamu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam  berkata: "Kami berbesar hati untuk meraikan laluan baharu ini dengan muatan penuh pada penerbangan pertama yang merupakan petanda baik untuk masa hadapan. Dengan lebih 150,000 pelancong dari Korea Selatan ke Sabah pada tahun 2023, kami berharap untuk membawa lebih ramai pelancong ke Sabah pada tahun ini. Dalam usaha memperluaskan hab kami di Sabah, pengembangan rangkaian ini memperkukuh kedudukan Kota Kinabalu sebagai destinasi penerbangan dinamik dengan sembilan destinasi domestik dan sembilan destinasi antarabangsa. Korea Selatan merupakan salah satu pasaran utama untuk sektor pelancongan di Sabah dan laluan baharu ini bukan sekadar meningkatkan sektor pelancongan dan perdagangan negeri ini malah mengeratkan hubungan budaya dan ekonomi antara Korea Selatan dan Sabah. Kami yakin bahawa penambahan laluan baharu ini akan terus memberikan manfaat penting untuk rakyat Korea Selatan dan Sabah."

Sempena sambutan penerbangan pertama ini, AirAsia menawarkan tambang promosi istimewa bermula daripada RM389 untuk tambang termasuk semua* sehala bagi penduduk Sabah untuk menerokai Seoul. Tambang promosi ini boleh ditempah mulai 5 hingga 17 Mac 2024 untuk tempoh perjalanan antara 5 Mac dan 26 Oktober 2024 di laman web airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE, sebelum ini dikenali sebagai 'airasia Superapp'.

Semua warganegara yang layak untuk kemasukan tanpa visa ke Korea Selatan termasuk Malaysia harus memohon K-ETA sebelum melakukan perjalanan ke negara itu. Untuk maklumat lanjut mengenai keperluan perjalanan ke Korea Selatan, sila rujuk di sini.


About Korea Tourism Organization (KTO)

Korea Tourism Organization (KTO) Malaysia office, established in 2004, plays its role in attracting  Malaysian tourists to Korea by organizing various promotional activities for consumers and through  its involvement and various collaboration with local tourism industry partners. It also serves as the  key Korean liaison for local travel agencies, airlines, and media partners in promoting Korea as the  top holiday destination among Malaysians. KTO also operates Korea Plaza, located in Menara Hap Seng, providing useful Korea travel  information and diverse Korean experience programs to consumers.  Visit our Website for more information or follow us on Facebook and Instagram.