AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia pertingkat khidmat pelanggan dengan perkhidmatan panggilan dan penjejakan tuntutan bayaran balik melalui airasia Super App, laman web

SEPANG, 30 Mac 2023 - Sejajar dengan permintaan ramai bagi interaksi khidmat pelanggan yang pantas, AirAsia hari ini melancarkan perkhidmatan panggilan melalui aplikasi airasia Super App. Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan berbual secara terus dengan pegawai perkhidmatannya untuk mendapatkan penyelesaian segera bagi situasi yang mendesak.  

Akses kepada fungsi panggilan ini akan dibuka kepada tetamu di penghujung interaksi mereka dengan bot sembang Ask Bo jika kes mereka dikenal pasti sebagai kes yang memerlukan penyelesaian segera atau kritikal, seperti penerbangan yang akan berlepas dalam tempoh 24 jam atau jika terdapat perubahan dalam rancangan perjalanan secara tiba-tiba atas sebab perubatan atau kecemasan. Untuk pertanyaan am dan isu yang tidak memerlukan penyelesaian segera, AirAsia menggalakkan para tetamunya untuk menggunakan kemudahan layan diri dan bantuan sembang langsung yang tersedia pada airasia Super App dan bot sembang Ask Bo. 

Selain perkhidmatan panggilan, AirAsia juga memperkenalkan ciri penjejakan tuntutan bayaran balik melalui airasia Super App dan halaman webnya. Tetamu hanya perlu menekan butang ‘My Cases’ dan memasukkan nombor kes mereka bagi mendapatkan status terkini permintaan pemulangan balik mereka dengan lebih terperinci. 

Kesavan Sivanandam, Ketua Pegawai Pengalaman Lapangan Terbang dan Pelanggan, AirAsia Aviation Group berkata, “Sebagai sebuah syarikat penerbangan progresif yang sentiasa fokus terhadap keperluan pelanggan, kami mendengar maklum balas daripada para tetamu kami. Penambahbaikan baharu ini adalah sebahagian daripada jaringan fungsi , alat dan aplikasi yang akan diperkenalkan oleh AirAsia dari semasa ke semasa.”

“Ejen sembang langsung kami telah dilatih untuk menangani situasi mendesak dan memberikan bantuan terbaik mengikut keperluan para tetamu. Perkhidmatan ini tersedia dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Cina, Thai dan Bahasa Indonesia. Bahasa-bahasa lain akan ditambah di masa hadapan. Kami menyarankan para tetamu untuk menggunakan perkhidmatan panggilan langsung ini hanya apabila perlu supaya kami dapat mengutamakan bantuan kepada tetamu yang lebih memerlukan.” 

Beliau menambah, “Bagi ciri penjejakan tuntutan bayaran balik, kami telah memudahkan serta menjadikan proses ini lebih telus bagi para tetamu kami. Kami sedar terdapat tetamu yang tidak berpuas hati dengan kejelasan proses bayaran balik kami. Matlamat kami adalah untuk memudahkan serta memberikan para tetamu kami ketenangan fikiran."

Sehingga Februari 2023, AirAsia telah melunaskan 98.4% daripada tuntutan bayaran balik yang diterimanya sejak permulaan pandemik Covid-19 pada Mac 2020. Pembayaran telah dibuat dalam pelbagai bentuk yang berjumlah sehingga AS$ 2.1 bilion. Usaha untuk menyelesaikan baki selebihnya sedang dijalankan ketika syarikat penerbangan itu berusaha untuk membina semula operasinya kembali kepada kapasiti normal.

Capital A baru-baru ini memperbaharui komitmennya untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang lebih proaktif, prihatin dan bebas kerumitan kepada semua tetamu dan pelanggan merentasi cabang perniagaannya. Penambahbaikan ini juga sejajar dengan ikrarnya untuk menjadi jenama yang paling komunikatif dan responsif dalam industri.

*** TAMAT ***

About Capital A

Capital A (formerly known as AirAsia Group) is an investment holding company with a portfolio of synergistic travel and lifestyle businesses that leverage data and technology, including airasia Super App, fintech BigPay and Teleport as a logistic hub in ASEAN. Capital A’s vision is to create and deliver products and services that focus on offering the best value at the lowest cost, underpinned by robust data accumulated over 20 years in operation and one of Asia's leading brands that remains committed to serving the underserved.

About Ask Bo

Ask Bo is an AI-powered concierge launched in February 2023 to offer a more proactive, attentive and hassle-free experience to all guests within the Capital A lines of businesses. The design of Ask Bo is inspired by the physical characteristics and exemplary values of Bo Lingam, Group CEO of AirAsia Aviation Group Limited (aviation arm of Capital A). Ask Bo provides detailed and customised information to guide customers along their journey, and enables self-service functions for faster access to resolutions. It is one of the key strategies of Project Bo, an initiative driven by Capital A to deliver the best customer service in the industry and become the most responsive, communicative and answerable brand in the region. Ask Bo can be accessed via airasia Super App and through the website at www.airasia.com.