AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia peroleh sokongan untuk kembali ke kapasiti penuh dengan sokongan berterusan oleh CFM

  • Rancang kembalikan 180 pesawat menjelang akhir suku ketiga

  • 200 pesawat diaktifkan menjelang akhir tahun

[Sebelum Covid— Pesawat-pesawat AirAsia terparkir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Terminal 2 pada tahun 2020]

KUALA LUMPUR, 13 September 2023 – AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka dunia, telah mengumumkan bahawa rancangannya untuk mengaktifkan kembali keseluruhan 204 pesawatnya disokong oleh perjanjian baharu bersama rakan kongsi jangka panjang serta pembekal enjinnya, CFM International. Fokus CFM untuk meningkatkan kestabilan pesawat di lapangan dan pemantauan maya 24/7 terhadap operasi enjin LEAP-1A AirAsia adalah pemangkin penting bagi syarikat penerbangan itu untuk mengaktifkan semula pesawatnya di seluruh Kumpulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata, Selepas lebih dua tahun Covid-19 melanda, kami kini telah mula melihat cahaya di hujung terowong. Kami telah mengambil langkah yang besar untuk mengembalikan pesawat kami dan memulakan semula operasi kami, mengimbangkan ketidakseimbangan kos untuk 204 buah pesawat dan pendapatan daripada penerbangan purata 143 pesawat tahun ini. Hari ini, kami telah mengembalikan 175 pesawat ke udara. Kestabilan armada CFM ini membawa pemangkin penting bagi kami untuk kembali kepada pengaktifan pesawat secara penuh. Saya bangga dengan Asia Digital Engineering (ADE), cabang kejuruteraan kami, dan ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap jurutera kami bukan sahaja kerana menjalankan kerja harian mereka dengan penuh dedikasi, tetapi juga memberi tumpuan kepada usaha mengaktifkan semula pesawat kami di seluruh Kumpulan. Kami mengharapkan keputusan suku keempat apabila kami akan melihat prestasi sebenar AirAsia dengan pengoperasian pesawat penuh."

Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation berkata, “Kami amat berbesar hati dengan perkembangan terkini oleh pembekal enjin dan penyedia perkhidmatan kami. Ini akan mempercepatkan lagi rancangan kami untuk mengembalikan kapasiti kami, malah melebihi tahun 2019, di mana kami akan menjadi lebih cekap. Ini akan membolehkan penggunaan pesawat yang lebih tinggi dengan masa tidak beroperasi yang kurang dan jadual penerbangan yang lebih konsisten dengan prestasi pada masa yang lebih baik, serta membolehkan penggunaan alat ganti yang lebih cekap oleh cabang kejuruteraan kami, ADE. Ini adalah baik untuk komitmen kami terhadap keselamatan, kebolehpercayaan, dan kecemerlangan operasi."

Dengan fokus kukuh CFM pada kestabilan pesawat dan sokongan perkhidmatan, ia adalah pemangkin yang membolehkan AirAsia mengoperasikan enjin pesawat LEAP mereka dengan lebih lama, serta membantu syarikat penerbangan itu mengurangkan kos penyelenggaraan dan perbelanjaan operasi.

Gaël Méheust, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CFM International berkata: "AirAsia telah menjadi pelanggan CFM yang berharga selama hampir dua dekad dan kami berbesar hati untuk menyokong mereka serta rancangan mereka untuk mengaktifkan semula sepenuhnya kumpulan pesawat mereka. Kami menganggap kepercayaan AirAsia sebagai suatu tanggungjawab besar untuk terus menyokong armada mereka dengan standard CFM yang tinggi."

AirAsia berharap untuk memanfaatkan pencapaian ini, sementara syarikat penerbangan itu mengaktifkan semula keseluruhan 204 pesawatnya dan berkembang kepada lebih daripada 300 pesawat dalam tempoh lima tahun akan datang, di samping ia terus menghubungkan orang ramai di seluruh ASEAN dan sekitarnya dengan pilihan perjalanan yang berpatutan dan bernilai terbaik.

*** TAMAT ***