AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia perluas rangkaian China dengan laluan baharu Kota Kinabalu-Kunming

SEPANG, 29 Julai 2024 - AirAsia terus memperluas rangkaiannya di China dengan melancarkan laluan baharu dari hab kedua terbesarnya di Malaysia, Kota Kinabalu ke Kunming.

Bermula 25 September 2024, AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) akan mengendalikan tiga penerbangan mingguan dari Kota Kinabalu ke Kunming. Dengan penambahan laluan ke Kunming, syarikat penerbangan ini akan terbang ke 10 laluan dengan 69 penerbangan mingguan dari Kota Kinabalu ke destinasi di China bermula bulan September 2024.

Bagi meraikan pelancaran laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang istimewa dengan diskaun 20 peratus* dari Kota Kinabalu ke Kunming bermula daripada RM304 termasuk semua** sehala. Tambang istimewa ini boleh ditempah di aplikasi AirAsia MOVE (dahulu dikenali sebagai airasia Superapp) dan airasia.com mulai hari ini sehingga 4 Ogos 2024 untuk perjalanan antara 25 September 2024 hingga 29 Mac 2025.

Semua rakyat Malaysia layak untuk memasuki negara China tanpa visa untuk tujuan pelancongan sehingga 15 hari sehingga akhir tahun 2025.

Syarikat penerbangan ini turut menawarkan diskaun istimewa 20 peratus* untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan, termasuk destinasi lain di China seperti Shantou, Guilin, Xi’an, Ningbo (bermula pada 1 Ogos 2024), Changsha dan Beijing serta destinasi lain seperti Pulau Pinang, Johor Bahru, Banda Aceh, Maldives, Jaipur, Sydney, Osaka, Sihanoukville dan banyak lagi. Para tetamu kini boleh menikmati tambang diskaun serendah RM260 termasuk semua** sehala dari Kuala Lumpur. Tempah percutian sekarang sehingga 4 Ogos 2024 untuk perjalanan antara 12 Ogos hingga 15 Disember 2024.

Kunming yang merupakan ibu negeri dan bandar terbesar di wilayah Yunnan di China juga dikenali sebagai Bandar Musim Bunga Abadi. Antara tarikannya termasuk Hutan Batu yang terkenal dengan keindahan semula jadi seperti air terjun, tasik, dan gua yang indah, serta Tanah Merah Dongchuan yang unik. Kunming bukan sahaja merupakan pintu masuk ke alam semulajadi yang menakjubkan, malah menawarkan kepelbagaian budaya, menjadikannya destinasi menarik untuk para pengembara yang mencari ketenangan.

Jadual Penerbangan antara  Kota Kinabalu (BKI) dan Kunming (KMG):

*Tertakluk pada terma dan syarat lain.

**Tambang promosi yang tertera untuk diskaun 20 peratus adalah untuk perjalanan sehala sahaja, termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Bergantung kepada kelulusan kerajaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.