AirAsia perkukuh kedudukan sebagai syarikat penerbangan asing terbesar di China dengan pelancaran dua laluan baharu ke Ningbo di wilayah Zhejiang

SEPANG, 3 Julai 2024 - AirAsia memperkukuh kedudukannya sebagai syarikat penerbangan asing terbesar di China dengan pelancaran dua laluan baharu dari hab utama di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu ke Ningbo di wilayah Zhejiang.

Pengumuman laluan baharu ke Ningbo ini menandakan destinasi ke-17 bagi AirAsia Group di China, dikendalikan oleh AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) dengan sejumlah enam penerbangan mingguan. Bermula 1 Ogos, para pelancong kini boleh terbang secara terus dari Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu mulai 2 Ogos ke Ningbo dengan tiga penerbangan mingguan.

Bagi meraikan pelancaran laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang promosi dari Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu ke Ningbo bermula daripada RM268 termasuk semua* sehala dan tambang asas  CNY138** sehala untuk penerbangan dari Ningbo.

Tambang promosi kini boleh ditempah di aplikasi AirAsia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai airasia Superapp) atau airasia.com mulai hari ini hingga 7 Julai 2024, untuk perjalanan antara 1 Ogos hingga 26 Oktober 2024. Kemasukan rakyat Malaysia ke China tanpa visa adalah sah untuk lawatan pelancongan selama 15 hari sehingga akhir tahun 2025.

Bandar Ningbo terletak di bahagian timur wilayah Zhejiang merupakan salah satu bandar tertua di China yang kaya dengan warisan budaya dan berperanan sebagai bandar pelabuhan penting. Terkenal dengan mercu tanda budaya dan sejarah yang menarik, Ningbo menjadi destinasi pilihan bagi pelancong yang ingin menikmati pengalaman yang menakjubkan. Para pengembara dapat menerokai Tian Yi Ge, perpustakaan tertua di China yang terletak dalam bangunan bersejarah memiliki elemen kebudayaan abad ke-16. Pengembara juga boleh menikmati pemandangan pergunungan memukau di Tasik Dongqian. Selain itu, Bandar Xikou yang menawan dengan landskap dan daya tarikan sejarahnya yang unik turut menawarkan pelbagai kekayaan warisan budaya untuk diterokai di Ningbo.

Jadual Penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Ningbo (NGB):

Jadual Penerbangan antara Kota Kinabalu (BKI) dan Ningbo (NGB):

*Tambang promosi adalah termasuk semua sehala. Termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Bergantung kepada kelulusan kerajaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.

**Tambang ASAS yang dinyatakan adalah untuk perjalanan sehala sahaja, tidak termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan.  Terma dan syarat dikenakan.