AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia lancar tabung bantuan #ToIDwithLove untuk Indonesia

SEPANG, 12 Oktober 2018 - AirAsia hari ini melancarkan tabung bantuan untuk membantu Palu, yang telah dilanda gempa bumi dan tsunami pada 28 September 2018.

Tabung #ToIDwithLove akan mengumpul dana bermula sekarang hingga 31 Oktober 2018. Semua dana yang dikumpul akan disalurkan kepada Yayasan Arkom Indonesia untuk membantu membina semula rumah-rumah yang terjejas dan meningkatkan daya tahan bencana di kawasan yang terjejas.

Para tetamu yang ingin menderma boleh melayari laman web Yayasan AirAsia, cabang dermawan syarikat penerbangan tersebut di airasiafoundation.com/relieffund.

AirAsia juga akan mengumpul derma bermula dalam penerbangan AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK), AirAsia Thailand (FD), AirAsia Indonesia (QZ), AirAsia X Malaysia (D7), AirAsia X Thailand (XJ) dan AirAsia X Indonesia (XT) dari sekarang hingga hujung bulan ini, diikuti penerbangan lain dalam Kumpulan AirAsia.

AirAsia akan mengumumkan dana yang dikumpul daripada orang ramai pada bulan Januari 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Tahun ini merupakan tahun yang amat sukar bagi Indonesia, yang telah dilanda satu demi satu bencana yang melibatkan nyawa. Kami amat bersimpati kepada mangsa dengan apa yang telah berlaku.

“Sebagai syarikat penerbangan Asean, kami amat dekat dengan komuniti ini dan kami ingin membantu mereka yang memerlukan. Melalui tabung bantuan ini, kami berharap dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk memberi sumbangan positif dalam usaha membina semula kehidupan mereka, jadi derma anda amat dialu-alukan. Setiap ringgit membantu meringankan beban.”

Layari laman Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia) kami untuk kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai usaha tabung bantuan kami dan kempan #ToIDwithLove.