AirAsia lancar RedRun di Pulau Pinang, seru ribuan peserta ke Pulau Mutiara

PENANG, 8 Julai 2025 - AirAsia melancarkan acara larian RedRun di Pulau Pinang buat pertama kali, sekali gus menandakan pencapaian penting dalam usaha syarikat penerbangan ini dalam memperkukuh sektor perjalanan dan merancakkan sambutan pelancongan di seluruh Asean.

Selepas kejayaan acara RedRun pertamanya di Indonesia pada awal tahun ini yang menyaksikan penyertaan dari 40 negara di Bali, AirAsia kini melancarkan acara ini di Pulau Pinang iaitu hab kedua terbesarnya di Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang dipilih sebagai destinasi seterusnya kerana ia terkenal dengan kepelbagaian warisan, keunikan juadah makanan serta ekonomi kreatif yang rancak.

Acara RedRun di Pulau Pinang akan berlangsung pada hari Ahad, 28 September 2025 bertempat di Gurney Plaza dalam tiga kategori larian iaitu 3KM, 5KM dan 10KM. Pendaftaran kini dibuka di sini bermula hari ini sehingga 18 Ogos 2025.

YB Tuan Wong Hon Wai, EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang berkata: “Acara komuniti ini merupakan platform unik bagi menyatukan masyarakat dan memupuk semangat budaya yang lebih mendalam. Kami berbesar hati melihat usaha AirAsia menghubungkan komuniti bukan sahaja melalui penerbangan, malah menerusi penganjuran aktiviti seperti RedRun. Kami menyeru rakyat Pulau Pinang untuk menyertai dan memeriahkan acara ini.”.

Dato’ Kapten Fareh Mazputra, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata:AirAsia RedRun bukan hanya sekadar acara larian, tetapi usaha serantau untuk meningkatkan semangat pengembaraan, komuniti dan perpaduan. Berikutan sambutan yang luar biasa di Indonesia, kami berbangga untuk melancarkannya di Pulau Pinang, sebuah bandar penting bagi operasi kami dan bukti komitmen terhadap komuniti di sini. Kami juga teruja untuk melancarkan AirAsia Festival di Gurney Plaza pada bulan ini bagi meningkatkan lagi tarikan pelancong untuk mengunjungi Pulau Mutiara.”

Pulau Pinang merupakan salah satu destinasi pelancongan utama bagi AirAsia. Ia menawarkan sambungan terus ke 12 destinasi domestik dan antarabangsa termasuk Kuching, Kota Kinabalu, Singapura, Jakarta, Bandar Ho Chi Minh, Medan dan Shenzhen. Sebagi salah satu daripada lima hab utama AirAsia di Malaysia, Pulau Pinang menjadi destinasi pilihan terutamanya di kalangan pelancong dari Indonesia, China dan Singapura.

Daftar sekarang untuk mendapatkan harga promosi awal menggunakkan kod promosi AARRPCPROMO3KM (3KM); AARRPCPROMO5KM (5KM) and AARRPCPROMO10KM (10KM). Slot adalah terhad sehingga 18 Ogos 2025, daftar sekarang di: https://www.heyjom.com/event/AirAsia-RedRun-2025