AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia laksana teknologi inovatif untuk menjadikan pengalaman perjalanan lebih lancar dan selamat

SEPANG, 20 November 2020 - AirAsia terus merevolusikan perjalanan udara dengan inovasi baharu untuk memberi para tetamu pengalaman perjalanan yang lebih baik. Ini bukan sahaja menjadikan penerbangan lebih selamat dan berpatutan, malah lebih lancar dengan ciri-ciri tanpa sentuhan.

AirAsia telah bekerjasama dengan syarikat transformasi digital GrayMatter untuk melancarkan Scan2Fly, teknologi terkemuka industri bagi menentukan kelayakan para tetamu untuk terbang sebelum mereka tiba di lapangan terbang, termasuklah pengesahan masa nyata bagi dokumen kesihatan.

Dengan Scan2Fly, tetamu AirAsia kini boleh mengimbas dan memuat naik sijil perubatan mereka semasa proses daftar masuk dalam talian. Dokumen tersebut akan diproses untuk mengesahkan sama ada tetamu tersebut diluluskan untuk terbang oleh pihak berkuasa berkenaan dan memiliki Sijil Negatif COVID-19 yang sah.

Sistem ini telah berjaya dilaksanakan oleh GrayMatter dan kini tersedia untuk beberapa buah penerbangan AirAsia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ke/dari Singapura dan ke/dari Surabaya, serta bakal dilancarkan untuk penerbangan ke/dari Jakarta tidak lama lagi. Dihoskan oleh teknologi pengkomputeran awan (cloud), sistem ini telah diintegrasikan dan disesuaikan dengan aplikasi mudah alih AirAsia serta dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan maklumat yang kukuh. Sistem ini juga akan diperkenalkan ke destinasi AirAsia yang lain, di mana dokumen perjalanan yang sah diperlukan sebelum membuat perjalanan.

Scan2Fly juga menawarkan kecekapan untuk AirAsia di mana ia mampu mengurangkan interaksi antara kakitangannya dan para tetamu di lapangan terbang kerana mereka boleh memeriksa status sebelum bertolak ke lapangan terbang. Setelah dokumen dimuat naik, laporan akan diberikan secara automatik beserta status kelulusan dan akan memaparkan sebab jika tidak lulus.

Pada masa yang sama, AirAsia mengumumkan beberapa peningkatan perkhidmatan pada baru-baru ini dengan rakan strategik Vision-Box, termasuklah perkhidmatan daftar masuk beg automatik, teknologi pemeriksaan suhu mudah alih, dan teknologi pengecaman wajah biometrik F.A.C.E.S. (Fast Airport Clearance Experience System) - sistem pengecaman wajah tanpa sentuhan. Syarikat penerbangan ini juga terus bekerjasama dengan Vision-Box untuk mengembangkan sistem tanpa sentuhan yang lain seperti pengurusan identiti digital di seluruh ekosistem perjalanan dan kewangannya. 

Javed Malik, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia berkata, “Inovasi telah menjadi sebahagian daripada DNA kami dan transformasi digital ini akan meneruskan momentum usaha untuk menjadikan perjalanan di dalam norma baharu ini lebih selamat dan lancar tanpa sentuhan. Peningkatan keupayaan digital kami bukan sahaja dapat mengurangkan kos, malah meningkatkan lagi pengalaman perjalanan para tetamu. Selain teknologi sedia ada, pelbagai inovasi akan diumumkan tidak lama lagi selari dengan transformasi kami kepada sebuah platform perjalanan dan gaya hidup sehenti.”

***

Mengenai GrayMatter

GrayMatter is a Big Data, Analytics, Data Science, Artificial Intelligence & IoT Data Integration specialist company with over 200+ successful BI implementations across USA, EMEA & APAC across multiple industries, with focus on airports. 

From its inception till now GrayMatter has enhanced its deep domain and technical expertise and has developed industry specific products including Airport Analytics (AA+), Store Sense, Sky Edge and Car Park Revenue Management (CPRM) for Airports. GrayMatter has been acknowledged and featured in Airports International, Passenger Terminal, Airport Focus, Airline & Airport Suppliers, Bloor International, NASSCOM, SAP, Silicon India, Helsinki Hub, CIO Review, and many others.

Mengenai Vision-Box 

Vision-Box is a multinational company with a presence on 5 continents and over 6,000 digital  identity solutions used by more than 700 million citizens. The company is a world leader in  biometrics seamless travel, automated border management and electronic identity management  solutions. Vision-Box's technology is present in more than 80 airports worldwide. Responsible for  the most relevant advances in the use of biometrics, Vision-Box solutions streamline the  passenger experience throughout their journey and improve the efficiency of public services to  ensure safety, security and performance. Based in Portugal, the company has 12 offices around the world in countries that include the  United Arab Emirates, United Kingdom, Australia, Japan, USA and India.