AirAsia komited perkukuh rangkaian ke Kota Kinabalu dengan laluan baharu ke Fukuoka, Jepun melalui Taipei
KOTA KINABALU, 3 Jun 2025 – AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) terus komited untuk memperkukuh rangkaiannya dari hab kedua terbesar di Malaysia, iaitu Kota Kinabalu, dengan melancarkan laluan bebas kelima baharu ke Fukuoka, Jepun melalui Taipei.
Bermula 15 Ogos 2025, AirAsia akan memperkenalkan laluan tambahan ini yang menghubungkan Kota Kinabalu ke Fukuoka melalui hentian singkat di Taipei menerusi penerbangan harian. Laluan baharu ini menegaskan usaha syarikat penerbangan tersebut dalam mengembangkan hab Kota Kinabalu, membolehkan lebih ramai rakyat Sabah terbang ke destinasi di luar ASEAN serta menawarkan lebih banyak pilihan perjalanan kepada pengembara global yang ingin meneroka destinasi baharu.
Taipei merupakan salah satu hab maya AirAsia utama dalam rangkaian penerbangannya yang luas. Laluan ini memberikan lebih fleksibiliti kepada rakyat Malaysia yang ingin meneroka lebih banyak destinasi di Jepun, sebagai alternatif kepada penerbangan dari Kuala Lumpur ke Fukuoka melalui Don Mueang (Thailand) yang dikendalikan oleh AirAsia Thailand (kod penerbangan FD).
Dato’ Kapten Fareh Mazputra, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata: “Kami berbesar hati untuk melancarkan laluan bebas kelima ini dari Taipei ke Fukuoka, yang merupakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha kami menerokai peluang baharu dari hab Kota Kinabalu. Sejak menyambung semula laluan Kota Kinabalu-Taipei tiga tahun lalu, lebih 130,000 tetamu telah diterbangkan dan jumlah ini terus meningkat. Pelancaran ini sejajar dengan visi kami untuk menghubungkan lebih ramai pengembara di seluruh Asia, memperkukuh sambungan serantau serta merangsang peluang pelancongan.
“Melalui laluan baharu ini, rakyat Sabah mempunyai lebih banyak pilihan dan fleksibiliti untuk ke destinasi pilihan mereka, sambil menyokong usaha kerajaan negeri dalam menjadikan Sabah sebagai destinasi pelancongan utama. Kami komited untuk terus memudahkan perjalanan udara melalui sambungan yang lebih lancar.”
Bagi meraikan pelancaran ini, AirAsia menawarkan promosi istimewa untuk penerbangan dari Kota Kinabalu ke Fukuoka daripada RM609 termasuk semua sehala*, manakala penerbangan dari Fukuoka ke Kota Kinabalu turut tersedia bermula JPY21,390 termasuk semua sehala*. Tempahan boleh dibuat bermula hari ini sehingga 8 Jun 2025 untuk tempoh perjalanan antara 15 Ogos 2025 hingga 29 Mac 2026, melalui aplikasi AirAsia MOVE dan laman web airasia.com.
Jadual Penerbangan antara Kota Kinabalu (BKI) dan Fukuoka (FUK) melalui Taipei (TPE):
Fukuoka merupakan destinasi popular di Jepun yang menawarkan tarikan tradisi dan moden. Bandar ini terkenal dengan hidangan Tonkotsu ramen untuk penggemar makanan, Taman Ohori untuk para pencinta alam, dan Istana Fukuoka untuk menyelami sejarah dan keunikan bandar ini.
Mulai 15 Ogos, AirAsia akan mengendalikan 13 destinasi antarabangsa dari hab Kota Kinabalu, dengan jumlah 79 penerbangan mingguan seterusnya memperkasa status Kota Kinabalu sebagai hab kedua terbesar AirAsia di Malaysia.
*Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja serta caj perkhidmatan penumpang, caj pengawalseliaan, surcaj bahan api serta yuran lain yang berkaitan. Sah untuk penerbangan terpilih sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.