AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia dan airasia Superapp rangkul anugerah utama di World Travel Awards Asia 2023

AirAsia menerima anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia untuk tahun kelapan berturut-turut, dan Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia untuk tahun ketujuh berturut-turut

airasia Superapp memenangi anugerah Agensi Pelancongan Dalam Talian Terkemuka Asia buat pertama kali ia dicalonkan

BANDAR HO CHI MINH, 7 September 2023 - AirAsia meneruskan kemenangan dan kecemerlanganya di anugerah World Travel Awards Asia 2023 pada tahun ini dengan merangkul dua anugerah utama iaitu “Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia” untuk tahun kelapan berturut-turut dan “Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia” untuk tahun ketujuh berturut-turut.

AirAsia diiktiraf sebagai pemenang dalam kategori ini yang merangkumi lebih daripada 10 syarikat penerbangan lain selepas ia memperoleh undian tertinggi daripada pemain industri, pengguna dan pengembara profesional dari seluruh rantau ini. Pengiktirafan ini susulan daripada kemenangan AirAsia sebagai “Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia” oleh Skytrax selama 14 tahun berturut-turut baru-baru ini.

Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited berkata: “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada hampir 800 juta tetamu dan Allstars kami yang luar biasa kerana terus memilih kami! Kami akan berusaha untuk terbang lebih tinggi dengan matlamat untuk mengendalikan 200 buah pesawat menjelang akhir tahun ini serta komitmen yang tidak berbelah bahagi. Kami komited untuk terus menawarkan pengalaman perjalanan terbaik kepada para tetamu dan tidak sabar untuk mengalu-alukan mereka ke dalam penerbangan kami!”

Suhaila Hassan, Ketua Kru Kabin Kumpulan AirAsia menambah: “Kami rendah hati kerana sekali lagi diberi penghormatan sebagai ‘Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia’ yang berprestij ini untuk tahun ketujuh berturut-turut. Pencapaian yang luar biasa ini merupakan penghormatan kepada semua kru kabin kami yang luar biasa dan secara konsisten memastikan perjalanan para tetamu lebih hebat. Pengiktirafan ini bukan sekadar pujian, ia adalah bukti semangat dan komitmen yang mendorong kami ke hadapan dan menjadikan kami lebih baik. Dengan pengiktirafan ini, kami lebih bersemangat untuk terus melakukan yang terbaik dan menawarkan pengalaman perjalanan yang tidak dapat dilupakan oleh setiap tetamu kami yang dihargai.”

Kemenangan itu juga turut diterima oleh platform pengembaraan sehentinya, airasia Superapp yang merangkul anugerah “Agensi Pelancongan Dalam Talian Terkemuka Asia (OTA)”. Pencapaian airasia Superapp dalam pencalonan sulungnya adalah bukti pendekatan inovatifnya sebagai aplikasi perjalanan menyeluruh lengkap yang menawarkan pengalaman tempahan produk perjalanan luar biasa untuk pengembara. Dengan produk dan perkhidmatan yang terdiri daripada platform OTA yang menawarkan penerbangan daripada lebih 700 syarikat penerbangan di seluruh dunia dan 900,000 hotel di seluruh dunia, kepada perkhidmatan e-panggilan airasia ride dan pengalaman membeli-belah bebas cukai airasia shop dan banyak lagi, airasia Superapp telah menjadi platform utama bagi 51 juta pengembara yang ingin mendapatkan produk perjalanan dengan lebih nilai, kemudahan dan berpatutan.

Ketua Pegawai Operasi airasia Superapp, Tan Mai Yin berkata: “Kami berbesar hati untuk menerima pengiktirafan berprestij ini sebagai ‘Agensi Pelancongan Dalam Talian Terkemuka Asia’ dan berdiri sama tinggi dengan syarikat-syarikat lain yang terkemuka. Platform OTA ini mengukuhkan komitmen kami untuk mengubah perjalanan melalui teknologi dan menawarkan sebuah platform sehenti kepada pengembara yang merevolusikan perjalanan mereka mula daripada mereka merancang sehingga melancong. Terima kasih sekali lagi kepada mereka yang telah mengundi kami dan sokongan berterusan anda terhadap airasia Superapp menjadikan kami kekal teguh dalam misi untuk meningkatkan tahap industri pelancongan. Kami juga berharap untuk secara konsisten menawarkan perkhidmatan dan pengalaman yang tiada tandingan kepada para pelanggan.”

Ditubuhkan pada tahun 1993, anugerah World Travel Awards ini diiktiraf sebagai salah satu program anugerah paling berprestij, komprehensif dan utama dalam kecemerlangan syarikat merentasi sektor perjalanan, pelancongan dan hospitaliti.

Ikuti perkembangan terkini AirAsia dan airasia Superapp melalui X (x.com/airasia), dan Instagram (instagram.com/flyairasia dan instagram.com/airasiasuperapp). Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Superapp daripada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.