AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia Consulting tawar khidmat perundingan pengurusan syarikat penerbangan kepada Fly Dhaka Bangladesh

  • Entiti baharu AirAsia tawar perkhidmatan perundingan dan kepakaran strategik dalam pengurusan syarikat penerbangan

  • Fly Dhaka sasar untuk menjadi syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) terbaik di Bangladesh berdasarkan model AirAsia

Kenyataan Gambar: (Depan dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Fly Dhaka Lt Jen (B) M Fazle Akbar dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Consulting, Subashini Silvadas bersama-sama pihak pengurusan Capital A dan Fly Dhaka pada majlis pelantikan AirAsia Consulting sebagai syarikat perundingan kepada Fly Dhaka Bangladesh di ibu pejabat AirAsia RedQ.

KUALA LUMPUR, 12 Mei 2022 - AirAsia Consulting, cabang perundingan syarikat penerbangan baharu di bawah AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL), telah mengumumkan pelantikannya oleh Fly Dhaka Bangladesh untuk penyediaan perkhidmatan perundingan kepada syarikat penerbangan baharu itu.

Ditubuhkan pada bulan April 2021, AirAsia Consulting menyediakan pengalaman luas, kepakaran strategi dan prestasi terbaik AAAGL untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggannya. Antara  perkhidmatan perundingan yang disediakan adalah dari segi strategi penerbangan, penilaian dan perancangan pesawat, strategi rangkaian, penjadualan, waktu pusingan, prestasi tepat masa dan tenaga kerja yang optimum, sokongan induksi pesawat, kecemerlangan operasi dalam pelbagai bidang, inisiatif penjimatan bahan api, serta amalan terbaik dan inisiatif syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka industri.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Consulting, Subashini Silvadas berkata: “AirAsia Consulting ditubuhkan dengan misi untuk menyediakan perkhidmatan perundingan LCC terkemuka dunia kepada syarikat penerbangan baharu sama ada mereka ingin mewujudkan jenama syarikat penerbangan LCC baharu atau menambah baik operasi sedia ada, dengan mencontohi kejayaan model perniagaan AirAsia. Kami berbesar hati untuk membantu Fly Dhaka menjadi sebuah syarikat penerbangan tambang rendah baharu dan akan datang serta membantu ia mewujudkan asas yang kukuh untuk operasinya berdasarkan amalan terbaik AirAsia sebagai panduan.

“Berikutan pasaran LCC yang rendah iaitu 11% di negara ini, AirAsia dan Fly Dhaka melihat potensi besar dalam industri penerbangan di Bangladesh. Pada masa hadapan, Fly Dhaka juga akan dapat memanfaatkan rangkaian dan hab AirAsia yang luas untuk membolehkan penumpangnya terbang lebih jauh di seluruh rantau ini. Fly Dhaka, dengan sokongan AirAsia, dijangka akan menjadi LCC bertaraf dunia yang menawarkan tambang dan nilai rendah untuk penumpang generasi baharu, dirangsang oleh penggunaan teknologi dalam operasi mereka. "

Ketua Pegawai Eksekutif Fly Dhaka Lt Jen (B) M Fazle Akbar berkata: “Kami teruja untuk bekerjasama dengan AirAsia, yang telah dinobatkan sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia selama lebih sedekad. Pengalaman selama dua dekad AirAsia sebagai perintis di rantau Asean akan membantu kami belajar daripada yang terbaik dan membina keupayaan kami untuk mewujudkan operasi yang lebih cekap dan teguh. Dengan bimbingan AirAsia Consulting, kami boleh mencari peluang baharu dan akhirnya mencapai matlamat utama kami untuk diiktiraf sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di Bangladesh. Kami juga percaya kerjasama ini akan memberikan AirAsia akses yang lebih luas ke Bangladesh yang merupakan pasaran menarik dengan potensi besar berikutan rangsangan pelaburan dalam infrastruktur penerbangan negara baru-baru ini.

“Fly Dhaka telah memperoleh Sijil Tanpa Bantahan (NOC) pada bulan Oktober 2021 dan kini berada di peringkat akhir untuk mendapatkan Sijil Pengendali Udara (AOC). Fly Dhaka juga telah mencapai kemajuan yang ketara dalam mendapatkan pesawat yang sesuai untuk operasi domestiknya yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Kami juga teruja bahawa kami berkemungkinan akan menjadi satu-satunya pengendali pesawat Airbus tempatan di Bangladesh, berdasarkan pengalaman luas AirAsia dengan pesawat jenis A320.”

Kerjasama baharu ini dimeterai dalam pada AAAGL sedang giat meneroka peluang kehadiran syarikat penerbangan tempatan baharu di rantau ini dan cabang perundingannya AirAsia Consulting menyediakan khidmat nasihat kepada pihak ketiga terpilih yang berminat untuk menubuhkan syarikat penerbangan tambang rendah baharu atau memperkukuh syarikat penerbangan sedia ada yang ingin meningkatkan kecekapan dan prestasi mereka. Rakan kongsi dan pelanggan yang berminat untuk bekerjasama dengan AirAsia Consulting boleh menghubungi info@airasiaconsulting.com.